Mempunyai fizikal badan dengan perut buncit boleh diibaratkan sebagai mimpi ngeri buat sesiapa sahaja. Bukan sahaja ketrampilan terjejas, malah mempunyai perut buncit ini menjadikan anda lebih malas bergerak dan beribadah, jika anda beragama Islam.
Oleh kerana itu, sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang memang disebut-sebut mempunyai tubuh badan yang tinggi sasa dan tegap ini melarang untuk umat Islam berperut buncit. Malah, dari sudut saintifik pun anda akan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit!
Baca juga: TERBONGKAR! Ini 3 Tanda Awal Tenaga Batin Lelaki Sudah Semakin Lemah, Baru Tahu!
SEBAB INILAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB LARANG UMAT ISLAM PERUT BUNCIT
Berikut merupakan perkongsian dari saudara Tareq Fit apabila dia sendiri melihat di depan mata seorang individu yang begitu sukar untuk beribadah kerana fizikal yang tidak mengizinkan.
“Tadi masa Isyak, ada seorang solat depan saya atas kerusi walaupun dia muda lagi. Tahu kenapa? Sebabnya dia obes, berat badan tinggi dan perut buncit.”
“Sedih kerana solat pun tak mampu. Macam mana dengan isteri (masa persetubuhan), kasihan isteri dan macam mana dengan suami , kalau isteri obes? Macam mana nak main dengan anak? Macam mana nak tolong keluarga? Macam mana nak naik train?”
“Macam mana duduk dalam kapal terbang? Kalau solat pun tak mampu, yang tak jaga kesihatan diri masa kini, kau akan ada di tempat orang ni, dalam masa terdekat…”
Bagi Umar bin Khattab, perut buncit sebenarnya adalah lambang kemalasan dan berpotensi merosakkan kesihatan jasmani dan rohani. Nasihat Umar dalam sejarah yang disampaikan oleh Khalid bin Mirdas adalah amaran yang sangat relevan, lebih-lebih lagi dalam era gaya hidup keterlaluan sekarang.
Dikutip dari al-Ju’ karya Ibnu Abid Dunya, Umar pernah berkata,
٨١ – حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مِرْدَاسٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْمُعَلَّى الْجُعْفِيُّ، عَنِ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، قَالَ: قَالَ عُمَرُ: «أَيُّهَا النَّاسُ، إِيَّاكُمْ وَالْبِطْنَةَ مِنَ الطَّعَامِ، فَإِنَّهَا مَكْسَلَةٌ عَنِ الصَّلَاةِ، مُفْسِدَةٌ لِلِجَسَدِ، مُوَرِّثَةٌ لِلسَّقَمِ، وَأَنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ الْحَبْرَ السَّمِينَ، وَلَكِنَ عَلَيْكُمْ بِالْقَصْدِ فِي قُوتِكُمْ، فَإِنَّهُ أَدْنَى مِنَ الْإِصْلَاحِ، وَأَبْعَدُ مِنَ السَّرَفِ، وَأَقْوَى عَلَى عِبَادَةِ اللَّهِ، وَإِنَّهُ لَنْ يَهْلِكَ عَبْدٌ حَتَّى يُؤْثَرَ شَهْوَتَهُ عَلَى دِينِهِ»
“Wahai manusia, waspadalah terhadap perut yang buncit kerana terlalu banyak makan, sebab ia membuat malas dalam melaksanakan solat, merosakkan tubuh, mewariskan penyakit, dan Allah SWT membenci orang yang buncit perutnya. Namun hendaklah kalian bersikap sederhana dalam makan, kerana hal itu lebih dekat kepada kebaikan, lebih jauh dari pemborosan, dan lebih kuat untuk beribadah kepada Allah. Tidak akan binasa seseorang sampai ia lebih mengutamakan syahwatnya daripada agamanya.”
Selain memperingatkan bahaya perut buncit, Saidina Umar juga menawarkan beberapa solusi seperti, bersikap sederhana ketika makan. Dalam pandangannya, kesederhanaan dalam suapan makanan bukan hanya untuk menjaga kesihatan tubuh, tetapi juga untuk memperkuatkan seseorang dalam menjalani ibadah kepada Allah.
*Jadi, buat sesiapa yang terasa dirinya mempunyai perut buncit maka tibalah masanya untuk berubah.
Baca juga: Rendam Kaki Dengan Garam Kasar + Lada Hitam Buat Angin Dalam Badan ‘Meronta’ Nak Keluar!
Sumber: Islami.co, Tareeq Fit