Buah jambu batu boleh menjaga kesihatan seperti mengurangkan kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengurangkan sakit ketika datang bulan. Bahagian lain seperti daun jambu batu pula dapat dijadikan masker untuk kekal cantik dan berseri-seri.
Cara penyediaannya mudah sahaja dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih jimat duit kerana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk miliki wajah licin seperti kulit telur.
Baca juga: 8 Bahan Semula Jadi Boleh Hilangkan Luka Hitam Anggota Badan, No.5 Paling Tak Sangka!
MASKER DAUN JAMBU BATU UNTUK MUKA KEKAL CANTIK
Sekiranya anda memiliki kulit muka berminyak, cuba cara ini:
Bahan-bahan:
- Beberapa helai daun jambu batu
- 5 sudu besar air
- 2 sudu besar jus lemon
Cara-caranya:
1. Kisar daun jambu batu dengan air sehingga pekat.
2. Ambil dua sudu adunan dan campurkan dengan 2 sudu besar jus lemon.
3. Sapukan adunan masker pada kulit dan biarkan selama 30 minit.
4. Bilas dengan air sejuk dan keringkan muka.
Jika anda mengalami masalah jerawat dan parut hitam, boleh cuba cara ini.
Bahan-bahan:
- Beberapa helai daun jambu batu
- 5 sudu besar air
- Sedikit kunyit
- 1 sudu besar gel aloe vera
Cara-caranya:
1. Kisar daun jambu batu dengan air sehingga pekat.
2. Ambil 1 sudu adunan dan campurkan dengan 1 sudu gel aloe vera daan sedikit kunyit.
3. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka.
4. Biarkan selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejuk.
KELEBIHAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA
Kandungan daun jambu batu:
- Kalium (mineral)
- Fosfor
- Asid askorbik atau vitamin C
- Anti oksidan
- Flavonoid
Antara kelebihannya adalah:
1. Kurangkan bengkak
Daun jambu batu bersifat anti radang jadi, ia boleh membantu mengurangkan bengkak pada bahagian muka.
2. Menghaluskan kulit muka
Selain mengurangkan bengkak, ia juga berfungsi untuk menghaluskan kulit muka kerana kandungan anti mikrob yang mampu melawan keradangan dan jangkitan kulit.
3. Buang sel kulit mati
Kelebihan jambu batu yang seterusnya adalah mengecilkan pori-pori muka, membuang sel kulit mati dan merawat kulit supaya bebas dari sebarang jerawat.
4. Redakan keradangan
Sekiranya anda memiliki kulit muka yang sensitif, daun jambu batu boleh membantu meredakan keradangan.
5. Bertindak sebagai anti oksidan
Khasiat daun jambu batu adalah mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi. Ini bermakna ia boleh menlindungi kulit dan sel-sel dalaman daripada rosak.
Jadi, jangan risau kalau muka timbul jerawat atau ada parut hitam, buat sendiri sahaja masker daun jambu batu seperti perkongsian di atas.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Wow! Muka Kekal Glowing & Awet Muda Kalau Minum Air Ini, Cubalah Mesti Berbeza
Sumber: Yoona ID