Asuh

Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!

25
SHARES
soft cookies

Siapa yang tak tersenyum manis, apabila makanan yang dijual sangat laris dan mendapat permintaan tinggi. Begitulah, perasaan gembira yang dirasakan oleh seorang pelajar darjah 6 apabila soft cookies yang dijualnya di sekolah telah menjana keuntungan sehingga RM300 sehari.

Namun, apakan daya kegembiraan itu tidak bertahan lama dek kerana mendapat halangan daripada ketua pengawas.

Baca juga: ‘Customer’ Tergamak Bagi Upah RM20 Lepas Diminta Baiki Peti Chiller, Netizen Luah Rasa Geram!

SOFT COOKIES ANAK JUAL JANA RM300 SEHARI

soft cookies

Gambar: Huspalita Hussain Arif

Menerusi hantaran dibuat oleh Huspalita Hussain Arif, beliau menceritakan pengalaman anak perempuannya yang berusia 12 tahun berniaga di sekolah dengan menjual soft cookies. Di mana, usaha anaknya itu meniaga telah berjaya meraih RM300 sehari.

Bagaimanapun, pelajar itu tidak dapat menjual lagi kerana ketua pengawas yang juga rakan sekelas dengannya telah menghalang dia berbuat sedemikian. Jom baca lanjut pengalaman anak perempuan Puan Huspalita di bawah.

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

Sehari anak dara menjual dekat sekolah dia dekat RM 300.

Amazingly, bawalah soft cookies banyak macam mana pun habis setiap hari. Duit tally dengan soft cookies yang dibawa walau dia asyik ulang dia tak pandai kira, tak pandai berniaga.

Sesungguhnya terkejut dengan apa yang dia boleh buat sebab Si Hessa ini pemalu sangat kalau suruh meniaga. Syabas betey!

Next week, dia kata nak stop sebab ketua pengawas yang satu kelas dengan dia dah sound dia. KP nak report dekat cikgu hahaha.

Mana lah KP tak marah, budak-budak sampai beratur dekat luar kelas nak beli soft cookies Hessa. Tapi Hessa kata ada cikgu yang beli soft cookies daripada dia.

Lepas dia kata nak stop, dia mai tukar fikiran. “Boleh ka bawa sikit-sikit ke sekolah? Rugi pula kalau tak meniaga.” Disebabkan berniaga semua orang kenal dia. Dia kata dia happy – Dasar gila glamer hahaha.

Baru hang tau meniaga tu syok. Cuma tu lah, bukan semua orang boleh. Muka kena tebai macam mak hang dulu meniaga kerepek ubi basah dekat sekolah sorok-sorok. Juai sepeket 2 kupang. Sapa tak bayaq aku ligan berhari-hari suruh bayaq.

Kira Hessa lagi hebat lah, tak ada yang berhutang dengan dia.

Baca juga: Gara-Gara Anak Makan Bersepah, Individu Ini Didenda RM5 Oleh Tuan Kedai!

Pelajar tersebut sudah tidak lagi berniaga di sekolah

Meninjau di ruangan komen di bawah, Huspalita memaklumkan bahawa anaknya sudah tidak lagi meniaga di sekolah.

soft cookies

Gambar: Facebook Huspalita Hussain Arif.

Reaksi warga maya yang positif

Hantaran tersebut telah meraih perhatian warga Facebook dengan mendapat lebih 7,800 tanda suka itu. Selain itu, warga maya turut memberikan sokongan terhadap pelajar berkenaan.

Biarpun tidak lagi boleh berniaga di sekolah, warga maya yakin pasti akan ada pelanggan yang menempah terus kepadanya. Semoga bisnes adik berkembang maju pada masa akan datang!

Baca juga: Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

Sumber: Huspalita Hussain Arif

FT Image: Huspalita Hussain Arif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×