Famili

Macam-Macam Ragam! Ini 5 Jenis ‘Drama’ Bila Anak Tak Nak Pergi Sekolah

34
SHARES

“Mummy, hari ni adik sakit perutlah, rasa macam tak naklah pergi sekolah.”

“Ibu, Akmal rasa cikgu tak suka Akmal lah..Tak naklah pergi sekolah hari ni.”

Haa..pernah tak anda mengalami situasi di atas? Setiap pagi bila para ibu kejut anak untuk bersiap ke sekolah, pasti ada saja ‘drama’ atau alasan mereka. Macam-macam alasan yang anak berikan semata-mata tak nak pergi sekolah.

Bila dengar alasan yang kononnya ‘masuk akal’ ibu pun beri saja kelonggaran anak untuk tidak pergi ke sekolah. Padahal, semua alasan itu hanya lakonan saja kerana malas! Geliga sebenarnya otak anak anda, sebab itulah ibu bapa kena tahu alasan-alasan yang ‘biasa’ anak-anak gunakan untuk tak nak pergi sekolah. Jom semak!

Foto: TheAsianParent

1. Demam

Demam merupakan alasan yang paling ‘kukuh’ untuk menagih simpati ibu bapa kalau anak malas nak pergi ke sekolah. Badan panaslah, kepala peninglah, sakit perutlah dan macam-macam alasan lagi semuanya sakit! Bermulah lakonan mereka dengan mimik muka dan ayat-ayat yang menyedihkan. Ibu bapa yang rasa tak sampai hati, berilah green light. Lepas itu, tak sampai 5 minit, aktif je bermain! Sabar sajalah ya.

Foto: TheAsianParent

2. Letih

Penulis percaya, anda yang mempunyai anak pastinya akan berasa stress bila suruh mereka masuk tidur awal kan? Yela, anak-anak memang gemar bermain sampai sanggup tahan mata yang sebenarnya dah mengantuk! Bila esok pagi kejut untuk bersiap ke sekolah, mulalah beri alasan letih, sakit kaki, mengantuk atau tak larat nak bangun.

Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu tegas untuk menyediakan rutin tidur yang betul buat anak-anak. Anak-anak yang mempunyai tahap tidur yang mencukupi akan lebih cergas dan bertenaga.

3. Cikgu garang

Ada juga anak-anak yang beri alasan cikgu di sekolah semuanya garang-garang. Kononnya, tak nak kena marah atau denda dengan cikgu. Ibu bapa janganlah mudah percaya, sebaliknya anda perlu selidik terlebih dahulu. Mungkin anak anda melakukan kesalahan disiplin atau tidak menyiapkan kerja sekolah. Keraplah bertanya kepada guru-guru tentang prestasi anak anda di sekolah.

4. Kawan pukul atau kena buli

Bila dah sampai pintu pagar sekolah, anak mula menangis. Katanya ada kawan yang suka pukul atau membulinya. Sebaiknya, anda jangan percaya dahulu alasan ini. Apa yang perlu anda buat, siasat tentang perkara ini dengan bertanyakan pada guru kelas. Jika betul, ambil tindakan yang sewajarnya. Jika tidak betul, anak anda hanya ‘berdrama’ saja!

Foto: Mommyasia

5. Sekolah tak best

Mungkin semalam beri alasan lain, hari ini beri alasan sekolah tak best pula. Haha! Bijak sebenarnya anak-anak kita ini. Kononnya, kat sekolah boring asyik kena belajar saja, duduk rumah lagi best. Janganlah cair dengan alasan anak anda ini, biarlah mereka pergi ke sekolah untuk belajar daripada duduk dirumah membuang masa dengan bermain saja. Beritahulah anak anda betapa pentingnya ilmu yang diajar oleh guru.

Sememangnya, setiap ibu bapa akan melalui situasi dimana anak memberi pelbagai alasan untuk tak nak ke sekolah. Apa yang penting, ibu bapa perlu ‘kebalkan’ hati untuk tidak mudah cair dengan alasan yang diberikan. Didiklah anak-anak menjadi seorang yang berdisiplin dan rajin untuk menuntut ilmu sehingga berjaya.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×