Seperti mana kita tahu, teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat dan menjadi minuman pilihan ketika sedang diet atau mengamalkan gaya hidup sihat sehingga ada yang minum melebihi dos yang sepatutnya.
Menurut perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, minum teh hijau terlalu berlebihan boleh menyebabkan penyakit dan ia tidak sesuai untuk ibu mengandung. Jadi, berapa banyak kena minum? Ikuti penjelasannya di bawah.
Baca juga: Penghidap Kolestrol Tinggi? Ini Diet Mujarab Untuk Anda Kurangkan Kolestrol Dengan Pantas
MEMANGLAH UNTUK DIET TAPI JANGAN MINUM TEH HIJAU BERLEBIHAN
Teh hijau berkhasiat tapi jangan berlebihan. Teh hijau tinggi antioksidan disebabkan kehadiran bahan berkhasiat yang dikenali sebagai ‘epigallocatechin gallate’. Bahan berkhasiat ini sangat sedikit dijumpai dalam teh biasa.
Bahan berkhasiat ini akan bentuk bahan yang lebih berkhasiat dalam usus besar. Selain boleh bantu kawal berat badan dan turunkan kolesterol, kajian juga menunjukkan teh hijau bertindak sebagai antikanser.
Kajian yang dilakukan oleh Dr Suri Roowi pada tahun 2010 dan kajian review yang dilakukan oleh USM pada tahun 2020 mendapati teh hijau adalah antara minuman yang paling berkhasiat.
Teh hijau juga kaya bahan antioksidan yang dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, kegemukan dan barah tetapi, teh hijau tidak boleh minum berlebihan!
Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan teh hijau secara berlebihan setiap hari ada kesan sampingan. Antaranya adalah pedih ulu hati, gangguan saluran pencernaan, gangguan fungsi buah pinggang dan menyebabkan kekurangan zat besi (anemia).
Kajian yang dilakukan oleh saintis pada tahun 2010 mendapati pemberian ekstrak teh hijau pada kuantiti tinggi (50g teh dalam 1L air panas) boleh menyebabkan kelenjar tiroid jadi bengkak.
Info dari kajian review yang dilakukan oleh USM juga mendapati teh hijau tidak disyorkan untuk individu yang mengalami masalah usus, insomnia, individu mengambil warfarin, individu yang mengalami masalah hypotiroid, anemia dan wanita hamil.
Dos yang disarankan adalah 3g dalam 300ml atau 1 liter air, ditambah madu (bila suam), diperahkan sedikit jus limau dan diminum pada kadar 2 ke 3 cawan sehari.
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi