Cuci tandas merupakan perkara yang perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia kekal bersih dan tidak berbau busuk. Namun, jika menggunakan pembersih yang salah, ia boleh mengakibatkan lantai menjadi rosak.
Hal ini dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Danial Zian dan ada ‘rahsia’ perlu diketahui agar anda cuci tandas dengan teknik yang betul.
Baca juga: Tips Cuci Dapur Gas Sampai Berkilat, Kotoran Degil Hilang Sekelip Mata!
CUCI TANDAS HANYA PERLU 2 BAHAN, ‘RAHSIA’ RAMAI TAK TAHU
Sejak dua menjak in, ramai yang guna pencuci tandas berasid untuk cuci tandas. Ini boleh menyebabkan lantai rosak sebab kena ‘makan’ dengan asid.
Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara nak cuci tandas dengan betul dan produk apa yang sesuai untuk digunakan.
– Benda paling mudah dan utama, kena pakai berus serta sental menggunakan sabun cuci pinggan sahaja. Tak kisah jenama apa kerana ia berfungsi untuk menghilangkan segala kekotoran di tandas.
– Lantai yang berbau dan berlendir, insyaAllah akan hilang. Memang ketara perbezaanya dan buat seminggu sekali.
– Seterusnya, boleh guna pencuci tandas tetapi kena tengok bahan-bahannya. Kalau ada hydrochloric asid, jangan guna kerana ia boleh merosakkan lantai. Kebanyakkan pencuci tandas memang ada bahan hydrochloric asid.
– Kaedah lain adalah mencari pencuci tandas yang menggunakan citric asid dan formic asid sahaja. Ini kerana ia tidak sekuat hydrochloric asid.
– Fungsi asid adalah untuk membuang kerak sabun mandi atau sabun badan. Kalau rajin cuci menggunakan sabun pinggan, hanya sebulan sekali sahaja memerlukan pembersih tandas yang ada asid.
– Ingat ya, jangan gunakan pencuci tandas berasid setiap minggu kerana boleh merosakkan lantai.
– Dalam masa yang sama, pencuci tandas ada asid boleh nyahkuman bilik air dan membunuh kulat-kulat degil.
– Anda juga boleh menggunakan peluntur kerana ia bersifat alkali tetapi tidak mampu membunuh kulat. Perlu diingatkan jangan sesekali campur peluntur dengan bahan asid lain kerana boleh mendatangkan bahaya.
Jadi, anda hanya perlukan 2 bahan sahaja untuk cuci tandas iaitu sabun cuci pinggan dan pembersih tandas dengan bahan asid yang bersesuaian.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Sendiri Sabun Cuci Tangan, Lebih Berbuih & Bau Wangi!
Sumber: Facebook Danial Zian