DIY & Kraf

Tips Cuci Dapur Gas Sampai Berkilat, Kotoran Degil Hilang Sekelip Mata!

74
SHARES
DAPUR GAS

Dapur gas sudah tentunya antara peralatan paling sering digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini boleh menyebabkan tungku dapur penuh dengan kotoran degil susah untuk dihilangkan.

Jadi, bagi memastikan dapur gas anda sentiasa kekal bersih dan berkilat, boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Hanna Ladyy di bawah. Hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja!

Baca juga: Cara Buat Sendiri Sabun Cuci Tangan, Lebih Berbuih & Bau Wangi!

DAPUR GAS KILAT & BERSINAR GUNA 2 BAHAN INI, CUBALAH

DAPUR GAS

Hari ini saya nak kongsikan tips mudah untuk dapatkan dapur gas yang berkilat dan bersih dari segala kesan degil. Mudah je!

Bahan-bahan utama:

  • Cif cream
  • Cuka masakan

Cara-caranya:

1. Tuang krim Cif pada dapur yang ingin dicuci.

2. Kemudian, tuang pula cuka di atas dapur tersebut.

3. Sebatikan 2 bahan ini dekat atas dapur.

4. Biarkan selama 10 minit dan gosok perlahan-lahan agar segala kotoran itu tertanggal.

5. Nak lebih mudah, boleh gosok menggunakan span hijau yang keras agar semua kotoran berdaki tersebut boleh hilang.

6. Lap dan bersihkan dengan menggunakan kain bersih.

Hasilnya memang kilat dan bersih berseri-seri.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana!

Baca juga: Tudung Rosak & Tak Menjadi Bila Masuk Dryer, Guna Teknik Ini Untuk Selamatkannya!

Sumber: Facebook Hanna Ladyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×