DIY & Kraf

Teknik Rahsia Kalau Nak Kain Buruk Sentiasa Wangi & Cepat Bersih, Mudah Je!

148
SHARES
CARA CUCI KAIN BURUK

Kebersihan kain buruk atau kain lap di dapur perlu sentiasa diberi keutamaan lebih-lebih lagi buat pengusaha kedai makan. Hal ini kerana untuk memastikan keselesaan pelanggan terjamin dan dapat mengelakkan pembiakan bakteria yang menjadi punca penyakit lain.

Selain mencuci dengan cara rendam selama semalaman, apa kata cuba cuci kain buruk dengan teknik baharu seperti yang disyorka oleh pengguna Instagram di bawah ini. Tiada lagi lambakan kain buruk di kedai atau di rumah selepas ini.

Baca juga: Cara Viral Hilangkan Nyamuk Guna 1 Bahan Sahaja, Mudah & Menjadi!

CARA CUCI KAIN BURUK PALING BERKESAN, JANGAN RENDAM LAMA-LAMA

cuci kain buruk

Cuci kain buruk atau kain lap. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari! Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman.

Ini cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.

– Sedia kan sebiji periuk khas. Beli dekat kedai Eco pun boleh je. Masukkan air dan sabun pencuci.

– Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda.

– Kacau-kacau sebatikan dan masak atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu.

cuci kain buruk

– Rebus laa dalam 10 minit. Selesai tu tutup api, curah ke sinki.

– Buka air paip dan bilas. Ambil berus, berus kain tu manja-manja cukup dah. Bilas, perah dan sidai. Bersih dan wangi! Senang dan cepat kan?

VIDEO PENUH:

Selamat mencuba! Lepas ni tiada lagi masalah kain lap berbau busuk dan kotor.

Sumber: Instagram Kekcawan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×