Famili

Ini 10 Senarai Kedai Ada Menu Rahmah Seluruh Negara, Semua RM5 Je!

68
SHARES

Menu Rahmah merupakan satu inisiatif yang dilihat mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke gerai makanan dan restoran bagi mendapatkan juadah yang sesuai dengan kemampuan kewangan. Menu Rahmah mendapat sambutan ramai oleh para peniaga dan rata-rata mereka mula menjual menu tersebut dengan harga bermula RM4.90.

Di bawah kami kongsi 10 senarai kedai Menu Rahmah seluruh negara untuk anda nikmati. Jangan lepaskan peluang ini dan boleh menikmati bersama keluarga.

Baca juga: 9 Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi, Boleh Cuba!

INI 10 SENARAI KEDAI ADA MENU RAHMAH SELURUH NEGARA

MENU RAHMAH

1. CHATIME MALAYSIA

Perkenalkan promosi Menu Rahmah kami. Dapatkan Pearl Milk Tea atau Grass Jelly Milk Tea dengan harga RM5 sahaja. Kunjungi mana-mana cawangan Chatime dari 3pm-6pm dan pesan sekarang.

menu rahmah

2. MYDIN

Menu Rahmah dibawakan kepada anda setiap hari! Dengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat! Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.

3. CIKGU FUAD CATERING KAMUNTING TAIPING

Menu Rahmah RM5 di Cikgu Fuad Catering! Demi menyokong inisiatif ini kami di CFC terpanggil untuk berkongsi dengan masyarakat setempat untuk yang memerlukan. Share ramai-ramai jom! Bagi ramai lgi dapat manfaat! Dine-in sahaja.

4. RESTOREN ALI MAJU

5. PECEL LELE, TSI SPORTS CYBERJAYA

Menu Rahmah di Warong Pecel Lele, TSI Sports Arena, Cyberjaya. Untuk pecel ayam, portion nasi banyak juga. Ayam boleh pilih nak bahagian apa. Ada tempeh, timun & kobis juga. Sambal pedas memang sedap.

6. LANOSTRA FOODSTATION PONTIAN JOHOR

Menu Rahmah dibawakan kepada anda setiap hari dengan menu yang berbeza. Dengan harga RM5.00, anda akan dapat set makanan tengahari yang cukup sedap dan istimewa.  Jom dapatkannya di Ready-To-Eat section di Lanostra Chocolate bermula hari Ahad, 5 Februari 2023. Buka jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

7. MIOS KITCHEN

Grilled chicken chop hanya berharga RM4.90 sahaja? Ya betul guys! Jom dapatkan di semua outlet Mios Kitchen. Valid untuk pelanggan dine in sahaja. Tiada waktu tertentu untuk promo dan tertakluk pada terma & syarat

8. D’hielo CAFE

Terletak di Seksyen 17 Shah Alam.

9. FARHANAH CATERING

Terletak di Bangi.Dari 6-10 Februari 2023. Untuk dine in sahaja. Waktu promosi, waktu sarapan jam 8-10am. Untuk makan malam 8pm-10pm. Lokasi No. 45-G, Jalan Universiti Bangi 1, Taman Universiti Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

10. NASI KAWEN D’ROYALE

Set Menu Rahmah serendah RM5.00 yang kami tawarkan mengandungi nasi putih, lauk 1 jenis boleh pilih samada ayam atau daging, sayur atau jelatah dan juga air kosong 1 cawan..

🗣️ Lokasi kami sebelah the store Kamunting, sederet dgn pasaraya hari hari Kamunting..
✅ Buka stiap hri kecuali sabtu saja kami cuti..

📢 11 pagi hingga 7 ptg ( habis awal kami tutup awal nah)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×