Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang dapat merasakan peningkatan harga barang mentah, seterusnya meningkatkan harga makanan di luar. Memang mahal, tetapi apakan daya kalau nak beli barang masak pun, begitu juga. Jadi, kerajaan melaksanakan inisiatif kemudahan rakyat dikenali sebagai Menu Rahmah.
Sebagai langkah membantu golongan memerlukan khususnya dalam urusan membeli makanan, Menu Rahmah ini mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat serta syarikat-syarikat besar makanan bagi menyediakan menu jimat kepada orang ramai.
Semenjak wujudnya senarai Menu Rahmah ini sehingga sekarang, makin banyak pilihan yang dikeluarkan kepada rakyat dalam membantu memilih makanan mesra poket hanya RM 5! Bukan itu sahaja, menu-menu yang disenaraikan juga sangatlah menarik dan memuaskan hati.
[PART 2] KOLEKSI MENU RAHMAH SELURUH NEGARA
1.McDonald’s
–Set Burger Ayam dan Teh Ais Limau
-Bubur Ayam Mcd dan Teh Ais Limau
-McEgg dan Teh Ais Limau
2.Manhattan Fish Market
-Fried Dory Nugget Garlic Herb Rice
-Fried Chicken Nugget Garlic Herb Rice
-Fried Dory Nugget Olio Spaghetti
-Fried Chicken Nugget Olio Spaghetti
3.Burger King
-BK Chick ‘N Crisp dan Mineral Water
-Cheesy Beef dan Mineral Water
5. Bubblebee
-Strawberry
-Black Series
-Honey Milk
-Honey Ice Cream
-Mango
6.Old Town White Coffee
-Nasi Lemak Rahmah Sosej dan Limau Ais
-Nasi Lemak Rahmah Ayam Cincang dan Limau Ais
-Nasi Lemak Rahmah dan Limau Ais
7.Dominos Pizza
-Variasi personal pizza
8.MYDIN
-Set makan tengah hari dan makan malam
-Nasi putih, ayam kicap, kacang panjang goreng dan air mineral
9. PLUS
-Set makanan tengah hari dan makan malam
10.KFC
-Nasi lemak KFC
-Zinger Porridge
-Zinger Riser
11. AEON BIG
Menu lengkap nasi campur dari hari Isnin sampai Ahad.
12.Chicago Chicken City
-Fried Chicken, Nasi dan Milo ais.
13.MARRYBROWN
-Menu Rahmah Nasi Kari
Nampak semuanya sedap-sedap belaka!
Sumber: Lisa Hadeeja