Famili

Budaya Konten ‘Hina Makanan’ Makin Parah, Jadikan 7 Nasihat Ini Sebagai Pedoman

31
SHARES
adab makan

Bercakap soal adab, dilihat makin ramai dalam kalangan kita khususnya generasi Z atau Gen Z yang sudah kekeringan dengan adab. Mana tidaknya, asyik terleka dengan pegangan teguh pengaruh sosial media sehingga terlupa dengan realiti kehidupan yang menerapkan pegangan adab khususnya dalam Islam. Ini juga termasuk adab makan yang sudah lupus ditelan zaman…

Jika anda perhatikan di laman media sosial, ada golongan yang menggelar diri mereka berada dalam lingkungan ‘T20’ seringkali menyibukkan diri untuk bergaul bersama golongan yang kurang berkemampuan seperti B40. Tujuan bergaul tersebut pula adalah semata-mata untuk merendahkan kehidupan golongan ini termasuk makanan yang dimakan. Kenapa?

Baca juga: [PART 2] Makin Bertambah & Mantap, Ini Senarai Menu Rahmah Mesra Poket Seluruh Negara

JAGA ADAB MAKAN, TAK PERLU LUASKAN BUDAYA HINA MAKANAN

Terdapat satu perkongsian di laman media sosial di mana pemiliknya dirahsiakan, memaparkan ‘rungutan’ terhadap makanan yang dibeli. Sudahlah membeli makanan yang lebih murah harganya dan diciptakan khas untuk membantu orang yang kurang berkemampuan, dihina pula makanan tersebut?

adab makan

Jadi, saudara Azizul Azli Ahmad di laman Facebooknya menitipkan 7 nasihat yang boleh dijadikan pedoman buat orang ramai yang dilihat semakin hanyut dalam dunia media sosial. Terutama sekali adab dengan makanan perlu dijaga dan bukan sewenang-wenangnya merendahkan jenis makanan tersebut.

BUDAYA HINA MAKANAN?

1. Sejak zaman ada sosial media, saya tak pernah nak upload apa benda saya makan. Saya berprinsip, tak semua yang kita mampu orang akan mampu. Makan diam diam.

2. Sejak kerajaan perkenalkan Menu Rahmah ini, budaya hina makanan makin menjadi jadi. Di tik tok ada yang tambah dengan air oren sebab kering sangat katanya.

3. Kawan kawan, jangan jadikan bahan makanan satu kehinaan. Nabi pesan dan sangat tak suka.

4. Benci dengan kerajaan, jangan hina makanan kita. Ahli parlemen pun ramai buat perangai purba.

5. Jadilah manusia yang rasional, tak suka jangan beli ambil dan makan. Dah makan tak sedap atau selesa, maklumkan baik baik pada pemilik kedai.

6. Semalam saya singgah beli barang dapur di Mydin Ipoh, lewat di bahagian makanan ada yang minta menu Rahmah dan staf Mydin bagi dengan baik dan banyak.

7. Bagi orang lapar, sedap bukan keutamaan tetapi banyak dan kenyang itu adalah keutamaan mereka.

Berhentilah! Membuat konten menghina makanan ini. Nabi benci dan sangat tak suka. Takkan nak ikut sunnah poligami sahaja, tapi makanan menghina apa yang nabi ajarkan.

adab makan

Perbuatan ini mendapat kecaman dalam kalangan warganet dan ramai yang mengharapkan supaya diri tidak terjebak dalam mempunyai perangai yang sama. Wahai sahabat, kika terlampau senang hidup kaya raya, pergilah cari makanan yang ‘sekufu’ dengan darjat yang dibanggakan dan makanan yang anda rendahkan ini tidak memerlukan ‘review’ murahan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×