Famili

Pasangan Yang Nak Kahwin, Doktor Pesan Jangan Ambil 5 Makanan Ini, 3 Bulan Sebelum Nikah!

8
SHARES
makanan pantang larang

“Nak menikah tak lama lagi, ada tak makanan pantang larang sebelum nikah ni eh?”

Terdapat banyak pantang larang yang dikenakan kepada lelaki dan perempuan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Pantang larang ini adalah dari segi adat, kesihatan serta makanan yang perlu diambil dan tidak diambil sebelum bernikah sebagai tujuan penjagaan kesuburan.

Oleh itu, tampil seorang doktor yang menyenaraikan 5 jenis makanan yang anda kena elakkan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum bernikah.

Baca juga: Penanda Aras Tahap Kesuburan Wanita, Kena Peka Bila Ada 5 Tanda Haid Tak Normal Ini!

MAKANAN PANTANG LARANG SEBELUM NIKAH, JANGAN MAKAN!

Terdapat perkongsian di laman Tiktok oleh doktor yang dikenali sebagai Dr.Raihana Ismail yang menceritakan bahawa terdapat 5 jenis makanan yang perlu dielakkan ambil sebelum bernikah. Bukan itu sahaja, makanan dan minuman yang disenaraikan ini lebih elok jika tidak diambil 3 bulan sebelum bernikah. Antaranya adalah:

makanan pantang larang

1.Makanan dan air buah dalam tin– kandungan aluminium akan kacau darah dan hormon.

2.Makanan atau minuman panas yang dibungkus dalam plastik BPA– boleh menaikkan hormon estrogen.

3.Gula dan pewarna tambahanmenyebabkan hormon estrogen berlebihan, telur akan keliru kerana badan wanita akan menghasilkan hormon lelaki.

-Kalau lelaki akan adalah masalah kebuncitan, ada payudara.

4. Pantau pengambilan ubat, ubat yang tak boleh dimakan oleh ibu hamil – khususnya yang ada steroid akan menyebabkan sperm kecut dan wanita pula akan mengakibatkan susah bertelur.

5.Makanan berasaskan tepung putih– sumber tepung putih yang bergluten akan menipiskan usus dan menyebabkan sistem penghadaman tak cantik.

Mungkin ada dalam kalangan warganet yang menyangkal jenis makanan dan minuman ini boleh menyebabkan kesulitan terutama sekali sistem kesihatan dalam, namun perkara ini jangan dipandang enteng. Tiga bulan sebelum bernikah, amalkan pemakanan yang sihat-sihat tau!

@dr.raihana.ismail

Replying to @Shahir18 5 jenis makanan dan minuman dilarang ambil sebelum nikah . Ada yang nak tau makanan subur ? Kalau cukup 100org nak tau, nanti saya post. Share pasangan anda. #inspirasiraya #tiktokguru #subur #efferty #drraihanaismailofficial

♬ original sound – Dr Raihana Ismail | Efferty – Dr Raihana Ismail | Efferty

Sumber: Tiktok @dr.raihana.ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×