Rakyat

Bantu Golongan Miskin Tegar Melalui ‘Menu Rahmah’, Peniaga Sedia Sahut Cabaran KPDN

106
SHARES
menu rahmah

MENU RAHMAH

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang dapat merasakan peningkatan harga barang mentah, seterusnya meningkatkan harga makanan di luar. Memang mahal, tetapi apakan daya kalau nak beli barang masak pun, begitu juga.

Oleh itu, golongan peniaga menyahut cabaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewujudkan Menu Rahmah, sebagai langkah membantu golongan memerlukan.

Baca juga: Fenomena Lato Lato, Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

SET MAKANAN RM5, APA ITU MENU RAHMAH?

Foto: MediaMulia

Apa itu Menu Rahmah? Ia merupakan inisiatif yang dilihat mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke gerai makanan dan restoran bagi mendapatkan juadah yang sesuai dengan kemampuan kewangan.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, berkata Menu Rahmah wajar dilaksanakan kerana peniaga juga mahu membantu golongan miskin tegar.

Antara menu yang bakal diperkenalkan menerusi Menu Rahmah adalah mereka menyediakan nasi bersama ayam, sayur dan air sirap atau nasi bersama sardin, sayur serta air sirap.

“Saya juga sudah berhubung dengan beberapa peniaga makanan popular yang memaklumkan Menu Rahmah boleh dibuat walaupun keuntungannya kecil.

“Strategi mempamerkan Menu Rahmah di kedai boleh menarik perhatian pengunjung dan pasti ramai yang memilihnya.”

Konsep ini juga sama seperti di pasar raya besar yang menjual ayam pada harga murah tetapi tetap memperoleh keuntungan.

PERLU JUAL DENGAN HARGA YANG SETIMPAL

Katanya, Menu Rahmah sesuai dijual di gerai yang mempunyai ramai pelanggan bagi memastikan kos bahan mentah dapat ditampung. Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Baskaran Sithamparam, mengingatkan peniaga supaya tidak memanipulasi Menu Rahmah.

“Jangan bermain dengan kuantiti atau saiz ketulan ayam dan ikan yang disediakan menerusi Menu Rahmah. Bahagian yang dijual perlu setimpal dengan harga yang dibayar, jangan berikan protein dalam kuantiti sedikit ataupun terlalu kecil,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pengenalan Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga RM5 ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar tidak lama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata menu merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur akan dilaksanakan selepas kementerian memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, minggu depan.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×