LATO LATO
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan satu jenis permainan baharu yang viral di laman media sosial iaitu Lato-Lato bukan? Menjadi satu fenomena dalam kalangan kanak-kanak sehingga pergi mana pun ada sahaja yang bermain, permainan ini juga dikhuatiri membahayakan kanak-kanak yang masih kecil.
Oleh itu ramai dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya adakah permainan ini mempunyai banyak kebaikan atau banyak keburukan jika mahu dibandingkan dengan permainan dalam gajet?
Baca juga: Viral Mainan Lato Lato Buat Anak Ketagih, Rupanya Bahaya & Pastikan Main Dengan Betul
LATO LATO, BANYAK KEBAIKAN ATAU BANYAK KEBURUKAN?
Permainan ini dikenali sebagai Clacker 50 tahun lalu dan telah di haramkan FDA US kerana risiko kecederaan kepada kanak kanak. Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.
Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes kes kecederaan melibatkan permainan ini.
Sebenarnya, permainan ini ada juga kebaikannya. Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup cukup lah bermain gadget. Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain. Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain.
Pencemaran bunyi mungkin membingitkan, sebab itu penting untuk hadkan tempoh bermain, kalau siang malam main tanpa henti memang stress mak bapak.
TUTORIAL MAIN LATO LATO SUPAYA TAK SALAH
Apa yang penting adalah sentiasa dalam pengawasan ibu bapa ketika bermain lato-lato okay!
Sumber: Public Health Malaysia