Dapur

Cara Buat Patty Burger Homemade, Bila Gigit Memang ‘Juicy’!

155
SHARES
burger homemade

“Tak puas la makan burger dekat luar, patty kecil!”

Memang agak sukar untuk anda yang merupakan penggemar burger menjumpai kedai di luar yang menyediakan patty burger yang padat dengan isi daging bukan? Setiap kali makan mesti rasa tak puas dan masih lapar. Oleh itu, anda boleh sahaja buat patty burger homemade di rumah dan sudah pastinya akan juicy dan puas! Macam mana nak buat? Jom ikut resepi di bawah.

Baca juga: Resepi Kerabu Maggi ‘Sebijik’ Macam Makan Di Thailand, Aroi Mak!

CARA BUAT BURGER HOMEMADE, PATTY ‘JUICY’!

1.Daging kisar yang saya guna untuk buat patty.

2.Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa ya.

3.Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti.

4.Gaulkan sebati.

5.Dan kepalkan daging menjadi bebola.

6.Kemudian leperkan daging menjadi patty.

burger homemade

7.Panaskan minyak masak dan masukkan patty. Leperkan patty ketika dimasak untuk mengelakkan patty menjadi kecut.

8.Hasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.

9.Masukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh penaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.

10.Siap dimasak.

11.Ratakan sos ke atas bun : sos tomato campur sedikit mayonis

12.Letakkan daun salad

13.Letakkan patty berkeju

14.Tomato, kegemaran saya. Burger jadi lebih sedap sekiranya ada tomato.

15.Tutup dengan bun. Jadilah burger kesukaan saya. Simple je.

16.Bila digigit, rasa patty yang berjus dan memang tebal walaupun masa masak tadi saya dah cuba penyetkan bagi leper.

Sumber: Zurina Zulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×