DIY & Kraf

Tudung Rosak & Tak Menjadi Bila Masuk Dryer, Guna Teknik Ini Untuk Selamatkannya!

23
SHARES
TUDUNG ROSAK MASUK DRYER

“Alamak! Tudung rosak masuk dryer. Macam mana nak buat ni…”

Sudah menjadi kebiasaan apabila membasuh baju di dobi, pasti kita akan menggunakan mesin pengering agar lebih cepat. Kadang kala tak perasan tudung pun termasuk sekali dan menyebabkan ia rosak serta tidak cantik bila digunakan.

Jadi, bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba teknik rahsia yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Eizus Inaizus di bawah. Mudah!

Baca juga: Wow! Tuang 1 Cawan ‘Bahan Rahsia’ Ini Boleh Putihkan Tudung Sekolah Anak

TUDUNG ROSAK MASUK DRYER? INI CARA SELAMATKAN

TUDUNG ROSAK MASUK DRYER

Menjadi sungguh tips bekukan tudung dalam freezer. Lompat kegembiraan kejap tadi sebab tudung ini dah boleh pakai. 

Paling teruk terkesan tudung yang ini lah, berkedut dan kalau pakai awning memang tak on point dah. Tudung bawal jenama apa pun boleh bekukan sebab saya dah cuba. 

Caranya mudah sahaja:

1. Ambil tudung bawal dan letak di dalam bekas.

2. Kemudian, masukkan tudung tersebut ke dalam bahagian beku peti ais.

3. Biarkan satu malam dan boleh keluarkan.

4. Seterusnya, bila seperti biasa dan keringkan.

5. Setelah kering, gosok tudung dan pakai seperti biasa.

Hasilnya seperti tudung baharu. Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Rahsia Edit Gambar Lebih Cerah & Jelas, Mudah Je!

Sumber: Facebook Eizus Inaizus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×