DIY & Kraf

DIY Kabinet Dapur Guna Rak Buku Bajet Bawah RM100 Je, Nampak Kemas & Tersusun!

220
SHARES

Mempunyai kabinet dapur yang kemas dan cantik memang menjadi idaman para isteri di luar sana. Tetapi, kebanyakan kabinet yang cantik memerlukan kos yang besar kerana termasuk sekali dengan harga upah. Jadi, untuk menjimatkan kos apa kata anda ikuti cara mudah yang dikongsikan lelaki ini. para isteri mesti suka!

GUNA RAK BUKU UNTUK BINA KABINET DAPUR

Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda. Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak buku sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.

HANYA PERLUKAN:

1.Rak Buku RM14.90 x 6 Biji

2.Steel Angle Brackets (Kedai D.I.Y @ hardware) RM3.60 (12 pcs)

3.Paku Dinding (tak pakai drill) RM1 (sebungkus)

JUMLAH PERBELANJAAN = RM94.00

MUDAH & JIMAT!

Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah. Tingkat atas tidak perlu diikat.

Dah siap! Senang je kan? Selamat mencuba semua.

Sumber: Shuhaimi Zulkefli

Most Popular

To Top
×