Deko & Hias

Tips Pilih jenis Kabinet Dapur, No. 3 Itu Paling Kuat, Tahan Lama & Tak Mudah Melendut!

22
SHARES
JENIS KABINET DAPUR

Ramai orang hendak membuat kabinet tetapi tidak tahu membezakan jenis kabinet dapur yang bersesuaian. Hal ini boleh menyebabkan anda ditipu atau tersalah pilih.

Pemilihan yang salah sudah tentunya akan mengakibatkan kerugian dan tidak tahan lama. Akhirnya, terpaksa membuat kabinet baharu lagi.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Rahsia Edit Gambar Lebih Cerah & Jelas, Mudah Je!

JENIS KABINET DAPUR ANDA KENA TAHU, ELAK KENA TIPU

JENIS KABINET DAPUR

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, ada beberapa jenis boleh digunakan. Antaranya:

1. MDF

MDF adalah Medium Density Fibreboard. MDF selalu disalah ertikan seperti melamine. MDF dihasilkan lebih halus kerana prosesnya menggunakan habuk papan. Terdapat bahan seperti resin, lilin dan kayu di dalamnya.

Ia boleh datang dalam pelbagai saiz yang dikeluarkan dari pelbagai kilang. Kelebihannya adalah bahan kitar semula yang lebih mesra pada alam semula jadi.

Kelemahan MDF adalah mudah rosak jika tidak dijaga betul. Jika mulai rosak atau gelembung, sememangnya tidak dapat dibaik pulih lagi.

Agak tidak berapa bagus juga jika ia mula terhakis kerana mudah mengeluarkan serpihan habuk kayu halus yang boleh memudaratkan masalah kesihatan respirat0ri.

MDF juga boleh membebaskan sedikit formaldehid sekiranya ia sudah rosak.Walaupun formaldehid adalah sangat minimum, kesan bagi masa panjang masih ada.

Penggunaan skru bila kita dril pula cepat haus apabila dilubangkan kerana kemampatan MDF hanya dari habuk kayu. Kebanyakan kabinet harga murah menggunakan bahan ini.

2. Melamine (chipboard)

Melamine – chipboard pula terhasil daripada cip-cip kayu yang dimampatkan atau mudah kita panggil ‘compressed wood’. Dari sisi akan nampak lubang lubang kayu.

Kebanyakan syarikat kabinet menggunakan material ini untuk asas kabinet kerana permintaan tinggi dan harga mampu milik.

Dengan penjagaan yang betul, ia mampu juga bertahan lama. Dari segi kebaikan, ia agak tahan dengan kesan calar dan haba. Daya tahan terhadap kekotoran juga baik dan mudah dibersihkan kerana itu sering digunakan terutama untuk bahagian ‘wardrobe’ bilik kerana jauh dari penggunaan air atau lembap.

Kelemahannya sama seperti kayu kompres yang lain iaitu ‘bermusuh’ dengan kelembapan dan air. Ia mudah membengkak atau kembang.

3. Blockboard

Lebih kuat, tidak mudah lendut dan lebih tahan terutama daripada serangan air. Lebih baik daripada chipboard dan selalunya digunakan di bahagian bawah sinki atau tempat yang berkemungkinan hampir dengan saluran air.

Terhasil dari susunan kayu blok dan dilekatkan pada suhu berketahanan tinggi. Ada bajet lebih boleh saja pakai base blockboard untuk lebih tahan lama.

4. Playwood

Terhasil dari banyak lapisan kayu yang dihiris nipis kita namakan veneer. Dilekatkan pada permukaan plywood untuk ketahanan dan terutama dari anai anai. Kosnya lebih murah dan mudah diproses.

Kelemahannya veneer yang tersalut akan mudah terkopek dan meninggalkan kesan tajam serta keras pada permukaan sekiranya ketika proses tidak dilakukan dengan baik.

Buat masa ini, fahamkan dahulu material asas yang anda ambil atau pilih kerana ia berkait rapat dengan kos pembuatan dan penghasilan secara total.

Semoga ilmu bermanfaat dan lebih bijak menjaga ruang kalian untuk tahan lebih lama.

Baca juga: Senarai Daschcam Kereta Terbaik Di Pasaran, Pilih Yang Berkualiti!

Sumber: Facebook Leeya Marlia Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×