Deko & Hias

DIY Kabinet Dapur Paling Simple & Jimat Guna Meja Banquet. Kos Dalam RM400 Je, Tetap Cantik!

7.3K
SHARES
diy kabinet dapur

Musim PKP ni tengok makin ramai yang rajin hias rumah kan?

Bagi yang menyewa, mesti ada yang terdetik hati nak menghias rumah tu tunggu bila dah beli rumah sendiri. Yang baru masuk rumah pun, mungkin ada yang belum berkemampuan nak tempah kabinet semua sekaligus.

Tapi penting juga kita susun atur dapur supaya mudah nak masak. Barulah rasa tenang dan tak serabut mata memandang. Untuk permulaan kalau boleh nak deko yang simple simple je.

Jadi bolehlah cuba cara DIY kabinet dapur yang ditunjukkan oleh Adiha Adib melalui Facebook ni. Walaupun simple, tapi hasil akhirnya memang woww!

Memang jimat tapi cantik, cuma keluar modal sikit untuk meja banquet, wallpaper dan skirting.

Jom ikuti perkongsian lengkap beliau di bawah ini.

DIY Kabinet Dapur Paling Simple & Jimat Guna Meja Banquet. Tetap Cantik!

Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil?
Lepas tu hanya ada sinki

Tenang je gais!

Ini la gambar sebelum dan hasilnya selepas kami DIY meja banquet menjadi ala kabinet mewah dengan harga mampu milik.

Di sini saya kongsikan setiap detail bagi barangan yang digunakan untuk deko beserta harganya.

Semoga bermanfaat untuk semua dan lebih terinspirasi untuk deko-deko dekat rumah, tak kiralah rumah sewa atau rumah sendiri walaupun simple saja.

Gambar Sebelum

Ini gambar hari pertama masuk, hanya ada sinki sahaja.

Diy kabinet dapur

Ini pula gambar lepas seminggu pindah. Dahlah bulan puasa masa ni.
Masak pun main-main je.

Diy kabinet dapur

Ni ke namanya tongkang pecah? Haha!

Gambar Selepas

Ini hasilnya selepas deko.

 

Saya kongsikan satu-persatu ya.

1. Wallpaper

  • Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20

Dibeli dari: BTL HOME DECO pvc wallpaper
(GM Klang, Blok P3)

  • Marble Wallpaper : 6meter Rm27

Dibeli dari : https://s.lazada.com.my/s.bQKBr

Diy kabinet dapur

2. Bekas Rempah & Rak

  • Bekas: Rm2.00+ / botol

Dibeli dari : Kedai 2 Ply & Kedai Eco

Diy kabinet dapur

  • Rak (Lerberg): RM69

Dibeli dari : Ikea

Diy kabinet dapur

3. Skirting / Langsir Meja

  • Langsir meja + Velcro : RM83

Tinggi Sinki: 92.5cm
Panjang: <<600cm

Dibeli dari: Skirting Miety Zain ( https://shopee.com.my/product/190649997/4603795549?smtt=0.0.9 )

*Langsir mudah terbakar, jadi kena berhati-hati ya.

diy kabinet dapur

Cara DIY Kabinet Simple Dari Meja Banquet Dengan Harga Mampu Milik

1. Sediakan Meja Banquet

Pastikan ada meja banquet yang muat untuk ruang dapur yang diperlukan

*(contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)

Meja banquet
Carousell : Rm45
Shopee : Rm70
https://shopee.com.my/product/29832730/6531548097?smtt=0.0.9

2. Dapatkan Kayu Yang Sama Lebar Dengan Sinki

Kami beli kayu terpakai yang sama lebar dengan sinki.

(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)

Panjang kayu mengikut yang diperlukan.*(Contoh: Dari dinding ke sinki)

Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6

Diy kabinet dapur

3. Laraskan Meja Banquet

Tinggikan meja banquet selaras dengan sinki, menggunakan besi yang beli di kedai hardware.
(8 batang untuk 2 meja banquet)

Ukur siap-siap panjang besi yang diperlukan,

Baki Ketinggian yg diperlukan =
Ketinggian Sinki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)

Panjang besi =
Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal

Besi : 8 batang RM17

diy kabinet dapur

4. Weld & Cat

Kemudian kami hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh. Nak buat sendiri pun boleh kalau rajin dan ada alatan.

Kami upah weld & cat dengan perkhidmatan tukang ni : ( +60 19 276 6061 )
Kos Upah : Rm60

5. Finishing

Akhir sekali pasang wallpaper pada kayu.

Lepas tu gam skirting dan tampal Velcro (belah kanan) menggunakan gam.

[Baca juga : Mudahnya Buat Langsir Tutup Bawah Sinki. DIY Guna Gam Pun Tetap Nampak Kemas ]

diy kabinet dapur

GAM Dunlop Rm3+
Dibeli dari : Kedai DIY

Siap!

Ok, dah siap…

diy kabinet dapur

Jumlah keseluruhannya untuk deko dapur ni lebih kurang RM400 sahaja (tak termasuk bekas rempah).

Tapi kalau saya buat sorang memang tak jalan ni.

Syukur dapat sokongan dari Suami, terima kasih Abang!

[Baca juga : DIY Spice Rack Untuk Dapur Tanpa Tebuk Dinding. Jimat Ruang, Mudah & Kemas Sangat!]

Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah sendiri satu hari nanti.

Amin…

 

*DIY kabinet dapur simple menggunakan meja banquet ini dikongsikan oleh Adiha Adib menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan perkongsian lanjut boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×