Deko & Hias

Transformasi Deko Dapur Tanpa Kabinet Dalam Masa 7 Jam, Kemas!

318
SHARES

Ketika bercuti atau hujung minggu, pastinya orang ramai sering melakukan pelbagai aktiviti bergantung pada kesesuaian waktu dan keadaan sekeliling. Banyak aktiviti yang dikongsikan dengan hanya melayari laman web tertentu dan mendapat pelbagai cadangan aktiviti. Aktiviti yang paling digemari oleh rakyat malaysia ketika ini ialah aktivit memasak.

Selain dari memasak, aktiviti deko juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai idea yang boleh diperolehi dari pelbagai medium. Seperti perkongsian oleh Ana Sakura melalui laman facebook Kelab Kaki Deco, dia berkongsi tentang bagaimana hendak menghias atau deko dapur tanpa menggunakan kabinet. Pelik? Tapi itulah yang dilakukannya. Ayuh kita lihat tips yang dikongsi dia.

Dekorasi Sesuai Untuk Rumah Sewa

Dekorasi yang dikongsi ini amatlah sesuai buat mereka yang menginap dirumah sewa. Ini kerana dekorasi ini tidak melibatkan apa apa ubah suai pada bentuk asal rumah. Kalau rumah sendiri, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik dan itu boleh termasuk jika memerlukan untuk merubah bentuk asal rumah.

– Tidak mengapa jika rumah anda tiada kabinet, hanya perlu diy menggunakan meja lipat biasa dan dipasang skirting

– Letak wallpaper yang kalis air (pvc wallpaper, material keras dan berkilat)- boleh didapati dari di shoppe

– Letak shelf tanpa L sesiku- beli di ikea (harga RM59)

– Kombinasi warna mestila tidak lebih dari 3 pilihan warna supaya warna kelihatan cantik dan tidak nampak serabut

-Bidai hanya guna zebra blind (harga 59)- skirting juga memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas (sis tempah on9 shj)

– Pokok-pokok, frame , organizer box boleh beli di ECO Shop

– Labelling juga dibuat ditempah di shoppe, atau beli sticker black tulis guna marker silver

Ana juga mengambil masa selama lebih kurang 7 jam untuk menyiapkan dekorasi dapur tersebut. Ini antara kongsian yang berfaedah, jimat dan mudah untuk dilakukan.

Sumber : Ana Sakura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×