Famili

Jenis-Jenis Asid & Kegunaanya. Kalau Silap Guna, Boleh Bawa Maut!

31
SHARES
JENIS ASID

Terdapat beberapa jenis asid dan setiap darinya mempunyai kegunaan tersendiri. Umum mengetahui, asid merupakan bahan kimia yang bersifat menghakis.

Walaupun ia membahaya jika tidak digunakan dengan betul namun terdapat banyak kegunaanya seperti menghasilkan baja, membuat bahan letupan dan lain-lain.

Baca juga: Petua Hilangkan Sakit Lutut Guna 3 Bahan Dapur, Cuba Buat Macam Ini

JENIS ASID KUAT DAN LEMAH SERTA KEGUNAANNYA

JENIS ASID

Jenis-jenis asid adalah seperti di bawah:

1. Asid kuat

Asid kuat mengion sepenuhnya menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi.

Terdapat tujuh asid kuat:

HCl – Asid hidroklorik
HNO3 – Asid nitrik
H2SO4 – Asid sulfurik
HBr – Asid hidrobromik
HI – Asid hidroiodik
HClO4 – Asid perklorik
HClO3 – Asid klorik

2. Asid lemah

Asid lemah tidak terurai sepenuhnya menjadi ion di dalam air.

Contoh asid lemah adalah:

HO2C2O2H – Asid oksalik
H2SO3 – Asid sulfur
HSO4 – – Ion hidrogen sulfat
H3PO4 – Asid fosforik
HNO2 – Asid pitrus
HF – Asid hidrofluorik
HCO2H – Asid metanoik
C6H5COOH – Asid benzoik
CH3COOH – Asid asetik
HCOOH – Asid formik

KEGUNAAN ASID & BAHAYA PADA KULIT

Terdapat tiga  jenis asid yang popular dan biasa digunakan dalam bidang perubatan, industri rumah dan lain-lain.

1. Asid sulfurik

Asid sulfurik bersifat berminyak dan menghakis.  Ia digunakan untuk menghasilkan baja, membersihkan logam, menghilangkan kotoran minyak, dan pembuatan bahan kimia.

Kegunaan asid sulfurik juga adalah untuk menghasilkan minyak wangi, pembasmi kuman dan pemproses mineral. Asid sulfurik pekat boleh mendatangkan bahaya kepada kulit kerana akan menyebabkan kulit melecur, kecederaan dan kesakitan yang teruk.

2. Hidroklorik

Hidrogen terbentuk apabila klorida dilarutkan dalam air. Ia adalah asid kuat, yang tidak berwarna dan likat. Sifatnya menghakis dan mempunyai bau yang tersendiri.

Kegunaannya:

  • Pengeluaran klorida
  • Industri getah
  • Pengeluaran baja
  • Industri tekstil
  • Pembuatan pewarna
  • Penapisan logam
  • Pengeluaran sebatian organik, seperti polivinil klorida atau PVC
  • Mengawal pH larutan

3. Asid nitrik

Asid aitrik adalah asid kuat yang tidak berwarna, sangat menghakis, dan toksik. Ia boleh menyebabkan kulit terbakar dengan teruk.

Kegunaan asid nitrik:

  • Pengeluaran plastik, pewarna, dan baja
  • Membuat bahan letupan
  • Menghilangkan ketuat kulit
  • Digunakan dalam elektrokimia

Kesimpulannya, bahan pengakis yang ada di dalam 3 jenis asid ini boleh memudaratkan kesihatan. Antara kesan jika terkena asid adalah:

Kulit akan melecur dan luka sehingga tahap 4.

– Boleh menyerang saluran pernafasan sehingga menyebabkan radang paru-paru.

– Jika tertelan, boleh menyebabkan kematian.

Jadi, sekiranya anda menggunakan bahan ini, pastikan berada di bawah pengawasan daripada pihak bertanggungjawang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Hilangkan Perut Buncit Paling Mudah, Minum 4 Air Homemade Ini!

Sumber: Medicine Net & ThoughtCo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×