Sihat

4 Tahap Melecur Jika Kena Asid/Api, Bantuan Cepat Alirkan Air Selama 20 Minit

7
SHARES
kulit melecur

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes Faisal Halim, pemain bola Selangor FC, yang diserang dan disimbah dengan asid. Kecederaan yang dialami adalah sangat serius iaitu kulit melecur tahap 4 atau Fourth Degree Burn. Walaupun beliau dilaporkan stabil namun kesan asid tersebut adalah dalam jangka masa panjang.

Untuk dijadikan rujukan ramai supaya lebih peka mengenai insiden sebegini, berikut merupakan beberapa tahap kulit melecur dan cara paling cepat untuk rawat dan mengurangkan sakit ‘terbakar’ jika terkena bahan asid atau api.

Baca juga: Gatal-Gatal Pada Kemaluan, Guna 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Dengan Cepat!

TAHAP KULIT MELECUR SELEPAS KENA ASID ATAU TERBAKAR

kulit melecur

Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh. Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Berikut merupakan beberapa tahap melecur yang anda kena tahu.

Tahap 1/First Degree: Kecederaan di lapisan atas sahaja. Kulit merah.

Tahap 2/Second Degree: Kecederaan sehingga lapisan tengah. Kulit merah, melepuh dan bengkak.

Tahap 3/Third Degree: Kecederaan masuk ke lapisan paling dalam kulit. Kulit terbakar, kelihatan putih atau hitam dan hangus.

Tahap 4/Fourth Degree: Ini menjejaskan semua lapisan kulit, otot, tendon, dan juga tulang. Sangat serius dan menyakitkan.

CARA MERAWAT LUKA LECUR/BAKAR PALING CEPAT AKIBAT BAHAN KIMIA

kulit melecur

Menurut perkongsian dari Hospital UMRA, jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantuan awal seperti berikut:

1. Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit. Bersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur, dari kulit terlebih dahulu sebelum mengalirkan air pada kawasan berkenaan.

2. Buka barang kemas, atau pakaian, yang mungkin telah terdedah/terkena kepada bahan kimia.

3. Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.

4. Tutup luka lecur/bakar dengan pembalut/kain yang kering dan steril/bersih

5. Jika anda masih mengalami rasa kesan bakar, basuh kulit sekali lagi di bawah air mengalir untuk beberapa minit.

6. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur/bakar anda boleh dinilai dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

*Paling sakit adalah, kulit mangsa akan menjadi kering, garing & kemungkinan ‘masak’. Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disimbah cecair oleh 2 individu tidak dikenali baru baru ini. Semoga beliau cepat sembuh dan pesalah dapat ditangkap segera.

Baca juga: Nak Elak Selalu Kena Gigit Nyamuk? Kajian Cadangkan Tukar Jenis Sabun Mandi

Sumber: Public Health Malaysia, Hospital UMRA 

Foto: ResearchGate.net, Indian Express

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×