Dapur

Minum KOPI PAHIT Khabarnya Beri 10 Manfaat Kesihatan, Termasuk Cegah Penyakit Lupa!

18
SHARES
kesan minum kopi pahit

Kopi pahit sering menjadi minuman ‘wajib’ bagi sesetengah orang pada waktu pagi. Bukan sahaja sedap, kopi ini juga mengandungi banyak manfaat kesihatan. Siapa sangka terdapat banyak kesan minum kopi pahit seperti menguatkan daya ingatan dan mengurangi risiko dapat kanser tertentu.

Seperti namanya, kopi pahit pastinya tidak mengandungi gula. Jadi ia sesuai untuk orang yang perlu mengekalkan paras gula dalam darah. Apakah kelebihan kopi pahit?

Baca juga: STOP Guna Dawai Kokot (Ubat Stapler) Pada Pembungkus Makanan, Anda Boleh Dipenjara!

KESAN MINUM KOPI PAHIT

kesan minum kopi pahit

Gambar: freepik

Selain menjadi minuman yang biasa dinikmati pada waktu pagi, terdapat banyak manfaat dari kopi pahit. Antara lain ialah:

1. Memudahkan proses pencernaan

Jika anda mengalami masalah pencernaan, kopi pahit boleh membantu. Salah satu kegunaannya adalah untuk meningkatkan rembesan gastrik yang diperlukan untuk memulakan proses pencernaan.

2. Tingkatkan ingatan

Minum kopi hitam atau kopi pahit pada waktu pagi boleh meningkatkan fungsi otak. Menurut Times of India, kopi ini membantu otak untuk terus aktif, sehingga meningkatkan daya ingatan.

Kopi pahit juga bantu mengekalkan saraf aktif dan seterusnya mencegah demensia. Selain itu, menurut Nature Neuroscience dan Johns Hopkins University, kopi pahit meningkatkan sambungan saraf di pusat ingatan.

3. Menjaga kesihatan jantung

Memetik laman Medium, kopi pahit dapat meningkatkan metabolisme dan membantu menjaga kebersihan arteri. Kopi ini berfungsi sebagai pelindung daripada penyakit kardiovaskular.

Baca juga: Orang Ada Masalah Sembelit & Susah Berak, Elok Ambil Sebiji Buah Naga Nanti Mudah Lawas!

4. Membekalkan tenaga

Salah satu faedah terbesar kafein ialah memberikan tenaga yang hebat kepada badan. Perlu diketahui bahawa gula akan memberi kesan negatif terhadap sifat penting ini.

Hal ini kerana, gula menyumbang kepada peningkatan paras insulin dan menyebabkan seseorang berasa letih dan mengantuk.

5. Melindungi hati

Memetik laman Ponte Vecchio, satu lagi organ badan yang mendapat manfaat daripada pengambilan kopi ialah hati. Menurut beberapa kajian, terdapat korelasi positif antara kesihatan hati dan pengambilan kopi.

Minuman pahit ini dapat melindungi tubuh daripada sirosis hati.

kesan minum kopi pahit

Gambar: freepik

6. Menurunkan berat badan

Kopi pahit pastinya mempunyai kandungan kalori yang rendah dan boleh membakar lemak. Ini boleh menyekat selera makan, mempercepatkan metabolisme dan mencetuskan thermogenesis.

Baca juga: 9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

7. Mengatasi migrain

Kafein boleh membantu merawat migrain. Bukan kerana kandungan vasokonstriksinya yang membolehkannya menyempitkan saluran darah, tetapi juga kerana sifat analgesiknya.

Walaupun begitu, jangan terlalu banyak mengambil kopi kerana boleh menyebabkan kesukaran tidur, menjadikan sakit kepala lebih teruk.

8. Mengurangi risiko kanser

Kopi mengandungi sebatian antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan. Keradangan itu sendiri adalah salah satu faktor utama di sebalik perkembangan sel kanser atau tumor.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan kopi pahit boleh mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser payudara, kolon dan hati.

9. Menurunkan risiko diabetes jenis 2

Banyak kajian mengatakan bahawa kafein dalam kopi boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah. Kafein dapat meningkatkan fungsi sel beta di pankreas, yang menghasilkan hormon insulin untuk mengawal kadar gula dalam darah.

10. Melindungi tubuh daripada radikal bebas

Kopi kaya dengan antioksidan. Jadi, minuman ini dapat melindungi tubuh daripada serangan pengoksidaan sel dan radikal bebas.

Baca juga: 7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

Sumber: Detik Health

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×