Dapur

Bahaya Minum Kopi Joss, Air Campuran Bara Arang Risiko Dapat Kanser!

41
SHARES
keburukan kopi

Baru-baru ini tular di media sosial, berkenaan sebuah kedai makan di Malaysia menghidangkan air kopi dimasukkan dengan bara arang atau dikenali sebagai “Kopi Joss”, sehingga menjadi perdebatan warga maya. Buat makluman anda, risiko kanser antara kesan keburukan kopi ini apabila diminum.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan kepada BERNAMA mengenai minuman air kopi ini untuk perhatian dan tindakan orang awam.

Baca juga: Resepi 7 Air ‘Ajaib’ Buang Toksin Dalam Tubuh, Guna Bahan Natural Je Kesan Luar Biasa!

KEBURUKAN KOPI JOSS

keburukan kopi

Gambar: instagram.com/tamankardus

Melalui info grafik yang dikeluarkan BERNAMA, terdapat beberapa maklumat penting pembaca perlu tahu mengenai kopi joss dari negara jiran ini.

Apa itu kopi ‘joss’?

Kopi joss merupakan minuman kopi yang dimasukkan bara arang sebelum dihidang. Ia dikatakan mempunyai keunikan rasa tersendiri dan mampu menyingkir toksin dari badan.

Kopi ‘joss’ mengundang kesan buruk

Antara kesan buruk kopi ‘joss’ adalah:

  • Kanser (arang bersifat karsinogenik)
  • Usus mungkin tersumbat jika diambil kerap untuk tempoh lama

Buat pengetahuan pembaca, bara arang yang dimasukkan terus ke dalam minuman kopi adalah berbeza dengan arang diaktifkan. Di mana, kebiasaannya arang diaktifkan dalam industri makanan sudah diproses dan ditulenkan. Sekali gus, ia selamat untuk digunakan.

Baca juga: Petua Orang Lama Makan Sambal Halia Je, Pulih Lenguh & Angin Badan Serta Ibu Bentan!

Tindakan undang-undang

Pembaca juga perlu tahu, arang bukan dikategorikan sebagai makanan. Penambahan bara arang dalam minuman kopi adalah kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1958.

Mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun, jika sabit kesalahan.

Penambahan bahan dibenarkan

Tambahan pula, kopi sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Peraturan tersebut hanya membenarkan:

  • Gula, dekstrosa, glukosa atau madu
  • Susu, krimer dan makanan lain
  • Bahan perisa dibenarkan

Lapor kepada KKM

Salurkan aduan jika ada premis makanan disyaki tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan kepada KKM, melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Aduam Awam (SISPAA) di http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM).

Selain itu, anda boleh juga hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

keburukan kopi

Gambar: BERNAMA

Nota penulis:

Jika anda pernah menonton Nujum Pak Belalang, pasti pernah menyaksikan babak kopi arang ini yang hanya wujud di dalam filem tersebut sahaja. Ingatlah ia bukan untuk diminum, jangan cuba-cuba ya!

Anda sebagai pengguna seharusnya lebih bijak dan berfikir dengan kritis dalam memasukkan sesuatu benda ke dalam tubuh badan.

Baca juga: 11 Manfaat Pisang Merah Yang Luar Biasa, Termasuk Rawat Rambut & Cegah Anemia!

Sumber: BERNAMA

FT Image: efeksampingkopi / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×