40 Minggu

Sehari Tak Minum Kopi Tak Sah Tapi Tengah Hamil, Boleh Bahayakan Kandungan Ke?

22
SHARES
keburukan kopi

Untuk anda yang merupakan peminat minuman berkafein atau secara khususnya, kopi, pasti tidak sah kalau dalam sehari tidak menghirup minuman yang dikatakan dapat menghilangkan rasa mengantuk ini bukan? Tapi, bagaimana pula kalau anda hamil dan ramai mengatakan bahawa banyak keburukan kopi kalau diambil ketika ini.

Jadi, bagi menjawab persoalan ini sama ada boleh atau tidak untuk ibu hamil mengambil minuman berkafein atau kopi, berikut merupakan jawapan dari Dr.Samhan.

Baca juga: 7 Perkara Penting Mommy Mommy Kena Buat Sebelum Masuk Labour Room Bersalin!

KEBURUKAN KOPI ATAU KAFEIN UNTUK IBU HAMIL

keburukan kopi

“Saya ni kalau tak minum kopi sehari tak boleh. Memang hantu kopi”

“Tapi puan mengandung sekarang. Ambil kafein berlebihan boleh keguguran”

“Oh yeke. Apa patut saya buat, doc?”

Bagi peminat kopi, kalau tak dapat minum sehari rasa lain macam. Tambah lagi bila bau kopi yang semerbak. Pergh! Untuk ibu mengandung, perlu hati-hati dalam pengambilan kopi kerana kafein yang berlebihan boleh membahayakan kandungan. Apa risiko sekiranya minum kopi terlalu kerap?

1. Insomnia

Sukar untuk lelapkan mata. Kurang rehat.

2. Gangguan pencernaan

Boleh ganggu sistem pencernaan, macam sembelit.

3. Tekanan darah tinggi

Kafein akan menyebabkan denyutan jantung berdenyut lebih laju dan risiko untuk dapat tekanan darah tinggi.

4. Migrain

Bila minum kopi terlalu banyak ketika mengandung, ia menyebabkan anda migrain atau sakit kepala.

5. Anemia

Menyebabkan komplikasi sepanjang kehamilan di mana ibu hamil akan alami kekurangan zat besi.

6. Keguguran dan bayi kecil

Apabila terlalu banyak minum kopi ibu juga boleh mengalami keguguran di saat awal trimester pertama. Bahkan bayi juga boleh lahir dengan kurang berat.

Oh ya, kafein bukan saja dalam kopi ya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman:

– 1 cawan besar kopi = 140mg
-1 cawan kopi segera = 100mg
– 1 cawan nescafe = 70mg
-1 cawan kecil teh = 75g
-1 tin minuman kola = 40mg
-1 tin minuman tenaga = 80mg
-1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
-1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Pengambilan kafein berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan, bayi boleh jadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal trimester pertama (12 minggu kehamilan).

Jika kalian penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Bertahan untuk 12 minggu pertama kehamilan dengan menggantikan dengan jus buah atau minuman tanpa kafein.

keburukan kopi

*Jangan terlebih dos ya!

Baca juga: 7 Cara Untuk Mommy ‘Push’ Dengan Betul Ketika Bersalin Untuk Elak Terkoyak Besar!

Sumber: Twitter @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×