40 Minggu

Kahwin Dengan Sepupu Berisiko Dapat Anak Lambat Perkembangan, Ini Hasil Kajian!

49
SHARES
kahwin dengan sepupu

Mungkin sudah terbiasa dalam komuniti masyarakat Melayu dan penganut agama Islam di seluruh dunia apabila menyentuh isu kahwin dengan sepupu. Bahkan kalau di negara seperti Pakistan atau India, perkara ini menjadi kebiasaan walaupun ada yang mengatakan bahawa kahwin sepupu ini boleh meningkatkan risiko anak cacat.

Berbeza pula dengan tradisi orang Barat yang menganggap bahawa berkahwin antara sepupu ini merupakan perkara yang janggal dan tidak dibenarkan. Rupanya, hasil kajian memang banyak mendapati bahawa perkahwinan ini akan menghasilkan bayi yang kurang sempurna!

Baca juga: Hak Isteri Pertama Tetap Nombor Satu, Isteri Kedua Kena Tahu..

KAHWIN DENGAN SEPUPU TINGKATKAN RISIKO BAYI CACAT?

kahwin dengan sepupu

Menurut kajian yang dilakukan dalam The Conversation di United Kingdom, mempunyai bayi hasil dari perkahwinan dengan sepupu meningkatkan lebih dua kali ganda risiko masalah kongenital seperti kecacatan jantung dan paru-paru, palet sumbing dan jari tambahan.

Kajian itu mendapati lebih 11,000 bayi yang dilahirkan dalam pelbagai kumpulan etnik di Bradford, West Yorkshire, paling tinggi adalah yang mempunyai campuran perkahwinan bersama komuniti Pakistan yang besar di bandar itu. Hal ini kerana, hanya komuniti ini yang lebih gemar melaksanakan perkahwinan antara sepupu.

Walaupun risiko mutlak masih dianggap sangat kecil iaitu bermakna secara umumnya majoriti bayi tidak terjejas, perkahwinan sepupu ini sangat berisiko untuk meningkatkan kecacatan kelahiran dan peluang bayi mati awal.

Perkahwinan sepupu pertama atau sepupu – dikenali sebagai cosanguinity – adalah sah di UK dan Eropah serta Malaysia tetapi tidak di beberapa negeri di dalam Amerika Syarikat. Ia dianggarkan menyumbang lebih daripada 20% daripada semua perkahwinan di seluruh dunia – lebih daripada satu bilion orang – dan kedua-dua ahli saintis terkenal dunia, Albert Einstein dan Charles Darwin telah berkahwin dengan sepupu juga.

Amalan itu masih tertanam secara sosial di banyak negara dan kumpulan di seluruh dunia termasuk di Timur Tengah dan Afrika Utara. Tetapi risiko yang lebih tinggi untuk masalah kongenital pada bayi yang dilahirkan oleh saudara terdekat sudah terbukti.

BAGAIMANA PULA DALAM HUKUM ISLAM?

kahwin dengan sepupu

Menurut pandangan dari Mufti Wilayah Persekutuan apabila ada yang bertanya mengenai hukum perkahwinan sepupu, beliau mengatakan bahawa perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak.

Hal ini kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram (haram bernikah). Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Bahkan juga, Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut bahawa meskipun perkahwinan di antara sepupu diharuskan, namun ianya tidak digalakkan. Ini kerana, hasil dari perkahwinan antara saudara sepupu, boleh memberi kesan terhadap kesihatan anak-anak yang bakal dilahirkan seperti kecacatan dan lemah tubuh badan.- (Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 9/ 6626-6627)

*Jadi kesimpulannya, walaupun boleh dan dibenarkan untuk berkahwin antara sepupu, kalau boleh elakkan dan cari pasangan di luar hubungan persaudaraan ya. Ramai lagi yang masih solo tu…

Baca juga: Abang Kakak Pilih Yang Mana, Duda Atau Janda? Bukan Suka-Suka Saja Tapi Ada Adabnya!

Sumber: Mufti WP, The Conversation

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×