Sihat

“Doktor, Macam Mana Nak Tahu Kita Ada Kanser?”- Ini Jawapannya Semua Perlu Tahu!

3
SHARES
cara kesan kanser

Bagaimanakah cara kesan kanser pada tubuh badan manusia? Persoalan ini acap kali timbul dalam kalangan masyarakat, yang sememangnya mempunyai kesedaran betapa bahayanya penyakit kanser jika tidak diberikan rawatan.

Menurut Doktor Erna Nadia, kanser merupakan ‘pembunuh senyap’ pada tubuh badan manusia, terutamanya jika anda mengabaikan simptom-simptom yang dirasa. Jadi, bagi mengetahui cara untuk mengesan kanser, ikuti penjelasan beliau di bawah!

Baca juga: Kerap Kencing & Zakar Rasa Pedih Terbakar, Hati-Hati Ini Gejala Kanser Prostat!

CARA KESAN KANSER

cara kesan kanser

Gambar: freepik

‘Doktor, macam mana nak tahu kita ada kanser?’

Soalan yang baik.

Kanser adalah silent killer. Jika kita abaikan simptom yang kita rasa.

  • Kadang tu ada rasa benjol sikit, tapi kita pilih untuk abaikan.
  • Kadang tu selalu sakit dada, tapi kita pilih untuk abaikan.
  • Kadang tu kerap juga demam atau tak lalu makan untuk jangka masa lama, tapi kita pilih untuk abaikan.
  • Kadang tu selalu muntah, tapi kita masih kata itu angin.

Baca juga: Amalkan DETOX RAHIM Kaedah Singkirkan Toksin Dalam Badan, Ikhtiar Mudah Dapat Anak!

Baca juga: Patutlah Tangan Kena Sesemut Lepas Bangun Tidur, 6 Punca Ini Orang Ramai Perlu Tahu!

Lakukan pemeriksaan kesihatan dan darah 

Tidak ada cara untuk kesan kanser melainkan dengan pemeriksaan kesihatan dan darah. Dari situ baru boleh tahu ada masalah dan proses untuk kenalpasti bermula.

Setelah tahu punca, barulah kita akan tahu bagaimana cara untuk merawat ia.

Tiada ‘highway’.

Baca juga: Kenapa Air Kencing Warna Merah Ni? Boleh Jadi Anda Alami Kencing Berdarah, Semak Gejalanya!

cara kesan kanser

Gambar: freepik

Nasihat saya hentikanlah mencuba kaedah yang bukan di bidang perubatan.

Kasihan juga bila dah merebak, akhirnya menyerah diri juga ke hospital. Bila sudah di end stage atau merebak ke bahagian lain, prognosis untuk sembuh amat tipis.

Bertanyalah kepada pejuang-pejuang kanser. InshaAllah ramai yang telah berjaya harungi kimoterapi, radioterapi dan pembedahan walaupun semasa proses itu semua tidak mudah.

Sokongan keluarga dan kawan kawan sangat penting, selain kekuatan diri perlu hebat. InshaAllah.

Paling penting, jika rasa sesuatu tidak kena, dapatkan pemeriksaan dari doktor yang bertauliah. Biar terlebih rawat dari terkurang risau sebab kesihatan itu mahal maharnya.

Dr Erna Nadia.

Baca juga: Kesihatan Mental & Kecelaruan Mental Itu Tak Sama Tapi Boleh Berkait, Serta Ada Tahapnya!

Sumber: Erna Nadia

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×