Melihat air kencing yang tiba-tiba berwarna merah sememangnya akan menimbulkan rasa takut dan risau kepada diri yang mengalaminya. Kemungkinan besar, anda mempunyai masalah kencing berdarah.
Apakah itu kencing berdarah? Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya di bawah!
Baca juga: Kesihatan Mental & Kecelaruan Mental Itu Tak Sama Tapi Boleh Berkait, Serta Ada Tahapnya!
KENCING BERDARAH
Melalui laman Doctor On Call Health Centre, kencing berdarah merupakan keadaan air kencing yang berwarna merah dan boleh menjadi sesuatu yang tidak berbahaya atau ia menunjukkan petanda kepada penyakit yang lebih serius.
Di mana, dalam istilah perubatan, darah yang boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil sebagai “gross hematuria”, manakala darah dalam air kencing yang boleh dilihat melalui mikroskop ketika doktor menguji air kencing dipanggil sebagai “mikroskopik hematuria”.
Jika terdapat banyak darah di dalam air kencing, darah tersebut akan membentuk darah beku. Gumpalan darah tersebut akan menghalang aliran air kencing, menyebabkan sakit yang amat teruk dan tidak mampu untuk kencing.
Pendarahan yang teruk sehingga terbentuknya ketulan kebiasaannya disebabkan oleh kecederaan di bahagian sistem saluran kencing.
Baca juga: Hilang Nafsu Untuk ‘Bersama’ Pasangan? Ambil 6 Buah Ini Untuk Hubungan Kembali Hangat!
PENYEBAB KENCING BERDARAH
Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Hemoglobin ( yang membawa oksigen dalam sel darah merah ) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah
- Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot
- ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah)
- Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan)
- Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine
Penyakit saluran kencing
Selain itu, kencing berdarah boleh disebabkan oleh masalah berkaitan dengan buah pinggang atau bahagian lain dalam sistem saluran air kencing, seperti:
- Kanser pundi kencing / kanser buah pinggang
- Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing, prostat atau urethra
- Inflamasi terhadap buah pinggang (glomerulonephritis), pundi kencing, prostat atau urethra
- Kecederaan terhadap buah pinggang atau pundi kencing
- Batu karang di buah pinggang atau pundi kencing
- Penyakit buah pinggang selepas sakit tekak (‘post-streptococcal glomerulonephritis) – penyebab kepada kencing berdarah dalam kalangan kanak-kanak
- Kegagalan buah pinggang
- ‘Polycystic kidney disease’
- Prosedur saluran kencing seperti ‘catheterization’, proses berkhatan dan biopsi buah pinggang.
Baca juga: Badan Bau Busuk Ada Kena Mengena Dengan Tahi Telinga? Ini Penjelasan Doktor!
Baca juga: Demi Kesihatan Faraj, WANITA Perlu Kencing Lepas Buat Seks Sebabnya…
Masalah berkaitan dengan pendarahan ‘bleeding disorder’
Kemungkinan juga doktor akan menjalankan ujian untuk memeriksa penyakit berkaitan dengan darah (bleeding disorder), sekiranya anda tiada masalah berkaitan dengan struktur atau anatomi buah pinggang, saluran kencing, prostat atau kemaluan. Sebab-sebabnya termasuklah:
- Hemophilia
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- Penggunaan ubat antikoagulan
- ‘Sickle cell disease’
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)
Darah yang kelihatan berada dalam air kencing mungkin juga boleh datang dari punca yang lain, contohnya:
- Vagina (bagi perempuan)
- Ejakulasi , selalunya disebabkan oleh masalah prostat (bagi lelaki)
- Pergerakan usus (berak berdarah)
Baca juga: Ada 3 Bau Sperma Lelaki Untuk Tahu ‘Abang Punya’ Normal Atau Tak, Bau Manis Pun Ada!
GEJALA BERKAITAN KENCING BERDARAH
Pesakit yang mengalami kencing berdarah boleh datang dengan gejala yang lain seperti:
- Sakit di bahagian tepi atau bawah di bahagian pinggang
- Sakit di bahagian bawah abdomen
- Rasa hendak terkencing yang tidak boleh ditahan lagiSusah untuk mengeluarkan air kencing
RAWATAN
Rawatan adalah bergantung kepada penyebab terhadap kencing berdarah tersebut. Kebiasaannya, tiada rawatan yang diperlukan melainkan ia adalah penyakit serius yang menyebabkan kencing berdarah.
Namun, jika tiada penyebab yang dapat dikesan ketika penilaian awal melalui ujian air kencing, anda mungkin dinasihatkan untuk datang ke hospital untuk rawatan susulan. Ia termasuklah ujian air kencing dan pengawalan tekanan darah setiap 3-6 bulan.
Terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko untuk kanser pundi kencing seperti berumur 50 tahun dan ke atas, merokok atau terdedah kepada bahan kimia industri yang tertentu.
Baca juga: 5 Tanda Sakit Senggugut Wanita Mungkin Tak Normal, Cepat Pergi Periksa Pakar!
Sumber: DOC Health Centre
FT Image: BannerHealth