Famili

Maksud Warna Air Kencing Yang Ramai Orang Tidak Tahu

25
SHARES

Warna Air Kencing

Bila kali terakhir anda ambil peduli tentang warna air kencing sendiri?

Maaf, ini mungkin soalan yang kurang sopan, tetapi amat penting dalam kehidupan kita seharian. Ia boleh mendedahkan sama ada kita mengalami dehidrasi atau isu-isu kesihatan yang lain. Ia bakal mendedahkan bahawa kita sebenarnya mungkin dihinggapi penyakit.

Kita selalu perasan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik semasa hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor.

Air kencing dan tahap kesihatan

Selalunya, kita buat tidak peduli bukan?. Namun, tahukah anda bahawa setiap warna air kencing itu membawa makna dan maksud yang tertentu? Dan yang lebih penting, ia membawa maklumat penting pada tahap kesihatan? Silap-silap, kita sebenarnya ada penyakit yang kita sendiri tidak tahu.

Contohnya, jika air kencing putih jernih, ia bermaksud kita terlalu banyak minum air.

Kadang-kadang kencing merah menunjukkan penyakit buah pinggang atau jangkitan saluran kencing. Namun, ia juga mungkin bahawa anda baru sahaja makan makanan dengan pigmen tertentu. Sebagai contoh, makan bit boleh menyebabkan beeturia – lalu terjadi air kencing merah atau merah jambu kerana sebatian yang dikenali sebagai betanin sayuran.

Infografik warna air kencing

Air kencing manusia bukan sekadar najis dan kotoran semata-mata. Allah telah ciptakan air kencing sebagai satu ‘cecair‘ berguna untuk diagnosis sejak zaman permulaan perubatan. Lihat, tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia!

Warna, ketumpatan, dan bau air kencing boleh mendedahkan banyak tentang keadaan kesihatan kita. Di sini, adalah beberapa perkara yang boleh kita pelajari dari warna air kencing. Perkara yang selalu kita abaikan.

Sumber infografik dari Klinik Cleveland di bawah ini sangat berguna. Ia memberikan informasi dalam bentuk grafik tentang warna air kencing. Sudah tentu, jika anda bimbang tentang warna air kencing anda, disyorkan agar segera berjumpa doktor berdekatan dengan rumah untuk pemeriksaan lanjut.

Warna Air Kencing

Foto Kredit: clevelandclinic.org

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×