Sihat

Demi Kesihatan Faraj, WANITA Perlu Kencing Lepas Buat Seks Sebabnya…

17
SHARES
kencing lepas berhubungan seks

Bagi kebanyakan wanita, setelah berhubungan seks dengan pasangan akan diteruskan dengan sesi berpelukan atau pelukan mesra. Namun, adakah anda tahu, kencing lepas berhubungan seks merupakan satu kebiasaan penting yang perlu dilakukan oleh wanita selepas digauli pasangan.

Hal ini kerana, ia bagi melindungi kesihatan faraj anda. Melalui laman Hello Sehat, para pakar bersetuju bahawa kencing selepas melakukan hubungan seks dapat membantu mencegah jangkitan salur kencing (UTI). Tetapi, apa pula kaitan antara hubungan seks dan jangkitan salur kencing? Bagi mengetahui jawapannya, jom baca maklumat berikut.

Baca juga: Kalau Macam Ni Tiap Hari Cium Bibir Pasangan Pun Tak Apa, Ada 9 Manfaatnya!

KENCING LEPAS BERHUBUNGAN SEKS

kencing lepas berhubungan seks

Gambar: freepik

Jangkitan salur kencing (UTI)

Penyakit ini muncul apabila terdapat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dalam organ saluran kencing. Organ-organ ini termasuk pundi kencing, uretra, dan buah pinggang. Walau bagaimanapun, biasanya yang paling kerap terjejas oleh jangkitan saluran kencing adalah pundi kencing dan uretra.

Antara simptom-simptom yang muncul jika anda mengalami jangkitan saluran kencing adalah:

  • Rasa terbakar apabila membuang air kecil
  • Ingin membuang air kecil sepanjang masa tetapi tidak keluar atau hanya keluar sedikit sahaja
  • Sakit di bahagian bawah punggung atau perut bawah
  • Kencing berdarah

Kaitan seks dengan jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria dari luar tubuh manusia. Bakteria boleh memasuki tubuh manusia, terutamanya saluran kencing melalui hubungan seks.

Hal ini kerana semasa hubungan seks, kawasan faraj atau dubur akan terdedah kepada pelbagai jenis bakteria. Bakteria juga akan merebak ke uretra dan menyebabkan jangkitan.

Malahan, bakteria ini boleh datang dari pelbagai sumber. Contohnya:

  • Jari dan tangan (apabila faraj dirangsang dengan jari)
  • Kondom
  • Zakar
  • Alat mainan seks
  • Objek lain-lain

Dengan membuang air kecil, anda boleh menolak bakteria keluar dari uretra. Oleh itu, adalah penting bagi wanita untuk membuang air kecil sebelum pelbagai jenis bakteria memasuki uretra atau pundi kencing.

Baca juga: Waktu Paling SYOK Nak Buat Hubungan Intim, Kalau Salah Timing, Ajak Pun Si Dia Tak Mahu!

Adakah hanya wanita sahaja harus buang air kecil setelah berhubungan seks?

kencing lepas berhubungan seks

Gambar: freepik

Keperluan untuk membuang air kecil selepas berhubungan seks sentiasa dititikberatkan terutamanya bagi wanita. Hal ini kerana, anatomi badan wanita berbeza dengan lelaki.

Pada wanita, lokasi faraj dan dubur dengan uretra adalah sangat rapat. Jaraknya hanya lebih kurang 5 sentimeter. Oleh itu, bakteria dan kuman merebak dengan lebih cepat dan bergerak dari satu bahagian badan ke bahagian lain.

Manakala bagi lelaki, uretra dan pundi kencing lebih sukar untuk dicapai oleh bakteria. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna lelaki tidak mungkin mendapat jangkitan saluran kencing.

Malah, 20% kes jangkitan saluran kencing berlaku pada lelaki. Bagi mengelakkan penyakit ini, selepas melakukan hubungan seks hendaklah membersihkan dan membasuh kawasan zakar.

Berapa lama boleh tangguh buang air kecil selepas melakukan seks?

Biarpun membuang air kecil boleh menghalang jangkitan saluran kencing, ini tidak bermakna anda perlu berlari ke bilik air sejurus selepas penetrasi. Ini sudah tentu boleh membuatkan mood dan suasana romantik serta-merta hilang.

Anda boleh berbaring dan bermesra sebentar dengan pasangan selepas berhubungan seks.

Baca juga: Doa Keluarga Bahagia, Elok Amalkan Walaupun Belum Ada Zuriat Atau Masih Bujang

Kesimpulan

Pakar sendiri tidak menentukan dengan tepat berapa minit atau jam selepas hubungan seks, seorang wanita harus membuang air kecil. Paling penting jangan tertidur sepanjang malam selepas bercinta tanpa membuang air kecil dahulu.

Jika keinginan untuk membuang air kecil muncul, jangan tahan! Walau bagaimanapun, jika sudah berjam-jam tanpa rasa hendak kencing, cuba minum banyak air atau tingkatkan pengambilan cecair melalui makanan.

Sementara itu, jangan lupa untuk mengurangkan risiko jangkitan kulat, bakteria, dan parasit, basuh faraj anda dengan air suam. Elakkan sabun faraj yang mengandungi pewangi kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan hanya cuci bahagian luar faraj supaya tidak mengganggu bakteria baik di dalam saluran faraj.

Baca juga: 7 Punca Sperma BOCOR Tanpa Sedar, Jom Semak Dulu!

Sumber: Hello Sehat

FT Image: jcomp / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×