Sihat

Ini 5 Risiko Tahan Kencing, Nak Elak Masalah Kesihatan Baik Jangan Kerap Buat & Lepaskan~

2
SHARES
risiko tahan kencing

Sama ada disebabkan sibuk di tempat kerja atau situasi yang tidak mengizinkan, ia adalah perkara biasa bagi orang ramai untuk menahan keinginan membuang air kecil. Walau bagaimanapun, adalah tidak digalakkan untuk kerap menahannya kerana anda boleh mengalami risiko tahan kencing.

Nak tahu apa risiko penyakitnya? Jom lihat 5 risiko di bawah!

Baca juga: Risau Mata Putih Berubah Jadi Kekuningan, Hati-Hati Ini Tanda Penyakit!

RISIKO TAHAN KENCING

risiko tahan kencing

5 RISIKO KEMUNGKINAN PENYAKIT BILA KERAP TAHAN KENCING

1. KESAKITAN PADA PUNDI KENCING ATAU BUAH PINGGANG

Orang yang kerap menahan diri untuk kencing akan berasa sakit atau tidak selesa pada pundi kencing atau buah pinggang. Sewaktu anda membuang air kecil, ia akan jadi aktiviti yang menyakitkan.

Otot akan kekal separa terkemut selepas keluarnya air kencing yang boleh menyebabkan kekejangan pelvis.

2. JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)

Dalam sesetengah kes, menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan bakteria membiak. Ini boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI).

Ramai doktor mengesyorkan untuk mengelakkan menahan kencing dalam jangka masa yang lama. Hal ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko UTI terutamanya jika anda mempunyai sejarah UTI yang kerap.

Individu yang tidak minum air yang mencukupi lebih berkemungkinan mendapat UTI. Ia kerana pundi kencing tidak memaklumkan kepada tubuh badan untuk melakukan kekerapan kencing yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan bakteria merebak melalui saluran kencing yang membawa kepada jangkitan.

SIMPTOM-SIMPTOM UTI:

  • Rasa terbakar atau pedih semasa membuang air kecil.
  • Sakit di pelvis atau perut bawah.
  • Keinginan berterusan untuk mengosongkan pundi kencing.
  • Air kencing yang kuat atau berbau busuk.
  • Keruh dan tidak berwarna pada air kencing.
  • Warna gelap secara konsisten pada air kencing.
  • Kencing berdarah.

3. BATU KARANG

risiko tahan kencing

Menahan kencing boleh menyebabkan batu karang terbentuk pada individu yang mempunyai sejarah penyakit itu atau pada mereka yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi dalam air. Air kencing selalunya mengandungi mineral seperti asid urik dan kalsium oksalat.

4. REGANGAN PUNDI KENCING

Kerap menahan kencing dalam jangka panjang, boleh menyebabkan pundi kencing meregang. Ini mungkin menyukarkan atau mustahil untuk pundi kencing mengecut dan mengeluarkan air kencing secara normal.

Jika pundi kencing mengalami kerenggangan, langkah tambahan seperti catheter mungkin diperlukan.

5. KEROSAKAN PADA OTOT LANTAI PELVIS

Kerap menahan kencing boleh membahayakan otot lantai pelvis. Salah satu otot ini ialah sfinkter uretra, yang memastikan uretra tertutup untuk mengelakkan air kencing daripada bocor keluar. Merosakkan otot ini boleh menyebabkan inkontinen urin.

Melakukan senaman lantai pelvis seperti Kegels, boleh membantu menguatkan otot ini dan membaiki kehilangan otot atau mencegah kebocoran.

KESIMPULAN

Sekali-sekala menahan kencing tidak mendatangkan mudarat. Walau bagaimanapun, dengan kerap berbuat demikian boleh meningkatkan risiko jangkitan atau komplikasi lain.

Sekiranya anda mempunyai komplikasi di atas, segera berjumpa doktor bertauliah untuk menmbuat pemeriksaan dan menjalani rawatan susulan.

Sumber: Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×