Sihat

Ingat Sikap Malas Je Bawa Kemudaratan, Bila Usus Malas Pun Undang Penyakit!

2
SHARES
tanda usus tidak sihat

Adakah anda pernah dengar terma usus malas? Kalau nak tahu, ia bermaksud usus jadi kurang aktif dan membawa kepada tanda usus tidak sihat.

Di mana, usus tidak sihat akan mengundang pelbagai penyakit seperti sembelit, kurang garam galian, buasir dan kurang vitamin. Justeru itu, Doktor Erna Nadia telah berkongsikan kesedaran mengenai usus malas untuk masyarakat merajinkan diri bergiat aktif dan jangan duduk sahaja di rumah.

Baca juga: Akibat Minum Air Terlalu Banyak Sampai Kena Sawan? Ini Kesannya Anda Kena Tahu!

TANDA USUS TIDAK SIHAT ANTARANYA USUS MALAS

tanda usus tidak sihat

APA ITU USUS MALAS?

Pernah dengar? Terma ini dah lama ada cuma jarang kita dengar, kan?

Usus kecil kita sentiasa ada pergerakan, kita sebut sebagai peristalsis. Usus yang baik adalah bila ianya bergerak dengan aktif. Ia bergerak untuk membawa bahan atau hasil yang tidak diperlukan oleh badan untuk dikumuhkan.

INI PUNCA USUS MALAS TERJADI!

Jadi, usus malas ini apa dia? Usus malas ini adalah apabila usus jadi kurang aktif. Kenapa kurang aktif?

1. AKTIVITI HARIAN SUPER SEDENTARI (SANGAT TIDAK AKTIF)

Super sedentari adalah seperti kurang bergerak, banyak duduk dan banyak baring akan buatkan metabolisma badan menurun dan usus jadi malas. Mereka yang ada sakit dan hanya boleh baring dan duduk sahaja, akan hadkan total makanan harian dan sebolehnya kita bantu dia bergerak.

Kalau baring, penjaga boleh cuba bagi dia duduk atau gerakkan dia. Gerakkan kaki dan tangan, tepuk-tepuk badan. Selain untuk tingkatkan metabolisma badan, ianya untuk lancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.

tanda usus tidak sihat

2. KURANG PENGAMBILAN AIR KOSONG

Air kosong membantu melancarkan proses lawas badan. Badan kurang air, najis susah untuk dinyahkeluar sebab ianya menjadi keras dan pergerakan usus menjadi perlahan.

Tak kira air kosong sejuk atau panas adalah tiada kalori dan amat penting untuk kekalkan keseimbangan metabolisma badan.

3. KURANG PENGAMBILAN SERAT

Serat kebanyakannya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah dan sayur juga tinggi kandungan air.

Pentingnya serat sebab ada banyak mikronutrisi yang diperlukan oleh badan, selain membantu peristalsis menjadi aktif dan lancar.

4. TIDAK CUKUP MAKAN

Ada juga yang mengadu sembelit. Bila ditanya rupanya dia takut nak makan atau nak ubah diet harian dengan mengurangkan makanan harian. Bila tak cukup makan, tiadalah najis.

Sebab itu, jika nak berdiet, bukan dengan tidak makan tapi tukar kepada makanan lebih sihat dan cara makan yang betul.

KESIMPULAN,

tanda usus tidak sihat

Apabila meningkat usia juga, peristalsis menjadi lebih slow terutama jika tidak aktif dan tidak makan dan minum sangat.
Usus malas bukanlah penyakit tetap.

Usus malas boleh mengundang pelbagai penyakit seperti sembelit, kurang garam galian, buasir dan kurang vitamin.

Jadi, cubalah rajinkan usus kita. Usus kita tak perlukan produk pun untuk aktif atau cuci bersih. Allah dah kurniakan usus dengan fungsi yang mantap, tinggal pada kita sahaja nak usaha dan jaga sebaiknya.

  • Makan makanan sihat dan tinggi serat.
  • Jadilah aktif.
  • Bersenam dan bergeraklah.
  • Minum air kosong dengan cukup.
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam, perisa, gula.
  • Kurangkan makanan terproses sebab ianya sukar dihadam dan tinggi kandungan pengawet.
  • Kurangkan makanan tinggi lemak.

Kita adalah apa yang kita amalkan, makan dan minum, Dr. Erna Nadia.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×