Sihat

Kerap Kencing & Zakar Rasa Pedih Terbakar, Hati-Hati Ini Gejala Kanser Prostat!

1
SHARES
kanser prostat

Berdasarkan petikan yang dikeluarkan Berita Harian pada 2022, kanser prostat paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Di mana, satu daripada lapan lelaki menghidapi penyakit ini. Ia kebiasaannya dikesan dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas dan risikonya meningkat seiring pertambahan usia.

Justeru itu, bagi memberikan pencerahan lanjut berkenaan kanser prostat kepada pembaca Sirap Limau, ikuti perinciannya di bawah berdasarkan sumber yang dirujuk dari Halo Doc.

Baca juga: 5 Jenis Pelincir Atasi Masalah Faraj Kering, Bila Isteri Guna Baru ‘Smooth’ & Padu!

KANSER PROSTAT

kanser prostat

Gambar: pressfoto

Kanser prostat adalah sejenis kanser yang berkembang di kelenjar prostat, yang terletak di pangkal pundi kencing lelaki. Penyakit ini berlaku lebih kerap pada lelaki yang lebih tua, atau umur 50 tahun ke atas. Gejala biasa penyakit ini adalah gangguan kencing.

Kebanyakan keadaan ini berkembang dengan perlahan dan terhad kepada kelenjar prostat. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis kanser prostat boleh menjadi agresif dan boleh merebak dengan cepat. Sekiranya dikesan awal, peluang untuk pulih lebih tinggi.

Baca juga: Patutlah Tangan Kena Sesemut Lepas Bangun Tidur, 6 Punca Ini Orang Ramai Perlu Tahu!

Punca kanser prostat

Menurut Halo Doc, penyebab kepada kanser prostat adalah tidak jelas. Sel-sel kanser ini dianggap berkembang kerana perubahan dalam DNA.

Perubahan ini memberitahu sel untuk berkembang dan berpecah lebih cepat daripada sel normal. Sel-sel yang tidak normal terus hidup, sementara sel yang lain akan mati.

Sel-sel abnormal yang terkumpul membentuk tumor yang boleh berkembang untuk menyerang tisu-tisu berdekatan. Lama kelamaan, beberapa sel yang tidak normal boleh pecah dan merebak (metastasis) ke bahagian tubuh lain.

Baca juga: 9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

Faktor risiko kanser prostat

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko lelaki mendapat penyakit ini iaitu:

  • Usia
  • Obesiti
  • Sejarah kesihatan keluarga
  • Pola pemakanan yang tidak sihat
  • Pendedahan kepada bahan kimia
  • Penyakit berjangkit seksual
  • Vasektomi

Baca juga: 5 Posisi Sek* Untuk Zakar Saiz Kecil, Pasti Lebih Lama Atas Katil!

Gejala kanser prostat

kanser prostat

Gambar: reben biru sebagai simbol kanser prostat  – freepik

Pada mulanya, penyakit ini mungkin tidak menimbulkan sebarang gejala. Walau bagaimanapun, jika prostat membesar atau membengkak dan mula menjejaskan uretra, gejala boleh muncul.

Apabila tahap ini berlaku, biasanya gejala kanser prostat yang dirasakan adalah:

  • Kerap buang air kecil, terutama waktu malam
  • Rasa sakit atau panas terbakar pada zakar semasa buang air kecil atau ejakulasi.
  • Rasa seperti pundi kencing sentiasa penuh.
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
  • Tekanan semasa buang air kecil berkurang.
  • Sukar untuk menahan air kencing.

Dalam kes lanjut kanser prostat, metastasis berlaku pada tulang. Akibatnya, keadaan ini menyebabkan kesakitan yang teruk pada tulang belakang, pelvis atau pangkal paha.

Baca juga: 7 Makanan Sihat Boleh Bantu Atasi Sakit Kepala, No.3 ‘Berkafein’ Paling Tak Sangka!

Rawatan kanser prostat

Sekiranya kanser masih di peringkat awal, doktor biasanya akan melakukan pemerhatian intensif terlebih dahulu. Hal ini kerana, rawatan yang dijalankan pada peringkat awal sebenarnya mempunyai kesan sampingan yang lebih besar daripada manfaatnya.

Semasa dalam pengawasan, penghidap kanser ini akan menjalani biopsi dan pemeriksaan secara berkala untuk mengesan sama ada terdapat tanda-tanda pertumbuhan kanser. Jika sel kanser berkembang, doktor akan mengesyorkan beberapa jenis rawatan kanser prostat yang lain, seperti:

  1. Pembedahan – Doktor boleh mengeluarkan sebahagian atau semua kelenjar prostat, serta beberapa tisu dan nodus limfa di kawasan sekitar yang terjejas oleh sel-sel kanser.
  2. Terapi radiasi – Terapi radiasi atau radioterapi biasanya dilakukan oleh doktor selepas pembedahan untuk membunuh sel-sel kanser yang tersisa.
  3. Terapi hormon – Terapi hormon dilakukan sebelum terapi radiasi boleh meningkatkan kadar kejayaan rawatan, manakala jika prosedur ini dilakukan selepas radioterapi terapi hormon mungkin dapat mengurangkan risiko sel kanser muncul semula.
  4. Kemoterapi – Ini adalah rawatan dengan ubat-ubatan khusus untuk membantu menghapuskan sel-sel kanser yang agresif.
  5. Krioterapi – Rawatan ini dilakukan dengan membekukan tisu dengan memasukkan gas yang sangat sejuk untuk membunuh sel kanser.

Baca juga: Kenapa Air Kencing Warna Merah Ni? Boleh Jadi Anda Alami Kencing Berdarah, Semak Gejalanya!

Sumber: HaloDoc / Berita Harian

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×