Terdapat beberapa punca kebas tangan yang menyebabkan tubuh anda berasa kesemutan semasa atau selepas bangun tidur. Hal ini termasuklah posisi tidur yang tidak ideal dan kurang vitamin B12. Kalau nak tahu punca kebas tangan yang lain dan cara merawatnya, ikuti penerangan lanjut di bawah.
Baca juga: Kenapa Air Kencing Warna Merah Ni? Boleh Jadi Anda Alami Kencing Berdarah, Semak Gejalanya!
PUNCA KEBAS TANGAN KETIKA TIDUR
Menurut Hello Doktor, masalah kebas pada tangan atau anggota badan lain adalah suatu perkara umum dan biasa terjadi kepada hampir semua individu. Kadangkala, ia mungkin boleh dikategorikan sebagai normal.
Menariknya, tangan lenguh juga boleh terjadi pada masa lain seperti sedang duduk, berjalan, berlari dan lain-lain. Dalam kes kebas tangan semasa atau selepas bangun tidur, anda juga perlu tahu kenapa ia terjadi seperti beberapa punca di bawah ini.
Baca juga: Badan Bau Busuk Ada Kena Mengena Dengan Tahi Telinga? Ini Penjelasan Doktor!
1. Kurang kadar vitamin B12
Punca kebas tangan ketika tidur boleh jadi petanda kepada kurangnya kadar vitamin B12 yang sangat penting untuk kesihatan otak, darah, tulang, jantung dan lain-lain.
Selain boleh menjadi salah satu punca kebas tangan ketika tidur, kekurangan vitamin B12 akan memicu isu kelesuan dan keletihan tubuh badan.
2. Kondisi diabetes (kencing manis)
Tahukah anda, kesakitan atau kesemutan pada anggota badan juga diakibatkan oleh sistem saraf yang mengalami kelemahan dan kerosakan angkara kencing manis.
Sebaiknya, kawal kadar gula dalam darah agar masalah ini tidak berlaku dan berulang.
3. Masalah saraf
Seterusnya, kerosakan pada masalah saraf periferal atau neuropati periferal akan menyebabkan tangan dan anggota tubuh badan lain tidak dapat menerima atau menghantar isyarat dengan sistem saraf pusat.
Hal ini sekali gus menjadi salah satu punca ia menjadi kebas.
Baca juga: Kesihatan Mental & Kecelaruan Mental Itu Tak Sama Tapi Boleh Berkait, Serta Ada Tahapnya!
4. Posisi tidur yang tidak ideal
Semasa atau selepas bangun tidur, anda mungkin rasa kesemutan di tangan angkara posisi tidur yang tidak ideal, gara-gara salur darah dan sistem saraf yang telah terhimpit.
Contohnya, posisi yang tidak bagus untuk tidur adalah dengan meletakkan tangan di bawah bantal kepala kerana ia boleh menyekat salur darah dan menekan sistem saraf di dalam tangan.
5. Sindrom carpal tunnel
Sindrom ini berlaku angkara pemampatan sistem saraf median pada carpal tunnel – laluan sempit yang wujud di bahagian depan pergelangan tangan lantas menyebabkan rasa kesemutan.
Sensasi kebas dan sakit ini biasa tercetus apabila penderita menggerakkan sendi-sendi di sekitar pergelangan tangan pada masa yang lain, selain terjadi ketika sedang tidur.
6. Sindrom outlet thoracic
Sindrom yang juga dikenali dengan istilah TOS ini merupakan gangguan angkara sistem saraf atau salur darah di sekitar leher bawah dan dada atas, mengalami keradangan atau kecederaan.
Kesannya, sindrom ini tidak hanya akan mengakibatkan kesemutan pada bahagian leher atau dada malah menjejaskan tangan, lengan dan jari dengan gejala masalah deria rasa atau sentuh.
Baca juga: 5 Posisi Sek* Untuk Zakar Saiz Kecil, Pasti Lebih Lama Atas Katil!
CARA MENGHILANGKAN RASA KEBAS TANGAN KETIKA TIDUR
Terdapat beberapa cara dan petua untuk mengilangkan kebas tangan ketika tidur:
- Senaman – Senaman ringan seperti regangan tangan mampu menguatkan sistem saraf, otot dan darah sekali gus merendahkan risiko masalah ini terjadi
- Ubatan – Ubatan oral seperti ibuprofen atau aspirin dan topikal seperti capsaicin atau lidocaine juga mampu mengelakkan kesemutan pada anggota badan
- Peralatan – Ketika sedang tidur, anda juga boleh menggunakan alatan splints atau wrist guard agar dapat melindungi pergelangan tangan untuk kekal di posisi lurus dan ideal
- Pembedahan – Jika masalah ini masih membelenggu hidup anda, dapatkan nasihat daripada doktor tentang prosedur pembedahan yang mungkin diperlukan
Dinasihatkan untuk anda mendapatkan nasihat doktor untuk menghilangkan atau mengurangkan risiko kesemutan pada tangan semasa atau selepas bangun tidur.
Baca juga: 5 Tanda Sakit Senggugut Wanita Mungkin Tak Normal, Cepat Pergi Periksa Pakar!
Sumber: Hello Doktor
FT Image: rawpixel.com