Nur

Jangan Pernah Lupa Buat 6 Amalan Ini Dalam Kehidupan, Mesti Akan Rasa Perubahannya

49
SHARES
AMALAN HIDUP

Antara amalan hidup yang anda boleh buat dan amalkan dalam aktiviti seharian adalah seperti perkongsian di bawah ini. Mudah sahaja dan pasti akan merasai perbezaannya.

Perkongsian bermanfaat di laman Facebook tersebut menerima ribuan shares dan rata-rata ingin mencuba mengamalkan petua hidup itu. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Doa Agar Terhindar Masalah Keluarga & Hal-Hal Lain, Amalkan Baca Setiap Hari

6 AMALAN HIDUP ANDA KENA TAHU, RUGI TAK BUAT

AMALAN HIDUP

1. Setiap kali memasak, baca doa:

 “Laisa laha mindunillahi kasyifah” 

Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi. Semoga tiada racun yang boleh merosakkan kita dan keluarga serta Allah jadikan makanan itu penawar kepada segala penyakit hati.

2. Semasa memulakan perjalanan ke tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya, biasakan diri kita dan keluarga sedekahkan al-Fatihah kepada ibu ayah serta saudara yang telah meninggal.

Setiap satu nama, satu al-Fatihah dibaca. Andai itu perjalanan kita yang terakhir, semoga kematian kita tidak sia-sia.

3. Setiap kali melihat anak-anak sedang makan, doa:

“Ya Allah berkati rezeki yang anakkku makan.”

Setiap suapan yang masuk ke dalam perut anak, semoga Allah reda dan tumbuhkannya menjadi darah daging yang berkat.

4. Setiap kali selesai melakukan kerja atau tugasan, bacalah:

“Bismillahi tawakkal tu ‘ala llah la hauwla Wala Quwwata illa billah.”

Semoga Allah melengkapkan apa yang kurang dan menjadikan hati kita kuat berpaut kepada Allah Rabbul Jaliil.

5. Ketika ibu ayah kita meninggal, elekkan bergaduh tentang harta kerana roh mereka tidak akan tenang dan terseksa. Mereka akan merintih kesedihan.

6. Bila bergaduh mulut dengan pasangan, lafazkan:

“Illa Qiilan salaman salama”

Semoga Allah waraskan fikiran kita dan tidak lemas dengan ujian hidup ini.

7. Bila berhadapan dengan seorang yang keras dan suka menentang, bacalah:

Ya latiif
Ya latiif
Ya Allah yang Maha Lemah Lembut
Lembutkan hati dia (Sebut nama)

Satu perkara yang kita kena pegang, jika urusan hidup ini kita serah total kepada Allah dan fokuskan kepada bahagia akhirat, pasti segalanya lancar. Aamiin Ya Allah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Baca Surah Al Insyirah Setiap Kali Isi Minyak Kereta, Memang Ajaib!

Sumber: Facebook Pak Sonyok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×