Famili

AI Kira Anggaran Kos Untuk Nikmati Kehidupan Aman Dipanggil ‘Malaysian Dream’, Jauh Lagi Perjalanan…

8
SHARES
maksud kos sara hidup

Semakin hari, kos sara hidup di dalam Malaysia dilihat semakin meningkat. Kalau di Amerika, mereka ada satu terma dipanggil ‘American Dream’ di mana individu tersebut menjalani kehidupan yang sangat selesa, cukup serba serbi. Tidak ketinggalan, maksud kos sara hidup sebegitu juga ada di dalam negara iaitu ‘Malaysian Dream’.

Anda perlu berada di tahap yang mana untuk ‘selesa’ menjalani kehidupan dalam Malaysia sehingga berusia 80 tahun dan ke atas? Berapa gaji dan simpanan yang perlu ada dan adakah anda mampu membeli aset seperti yang dinyatakan di bawah?

Baca juga: Purata Gaji Suami & Isteri Ada 3 Anak Perlu Capai RM3,820 Seorang Untuk Hidup ‘Selesa’ Di KL-Kajian

MAKSUD KOS SARA HIDUP DIKENALI SEBAGAI ‘MALAYSIAN DREAM’

maksud kos sara hidup

Menurut perkongsian Faridzul Asyraf Mat Arifin, dia ada terbaca mengenai kos untuk seorang rakyat US menikmati American Dream. American Dream ni adalah konsep tidak kira latar belakang, warna kulit mahupun agama, asalkan kerja sungguh- sungguh dapat menikmati kehidupan yang aman. Kos untuk 2024 bagi American Dream ini adalah 4.4million USD.

Saya cuba tengok untuk Malaysian Dream. Tidak ada, jadi mintak AI untuk senaraikan kos Malaysian Dream pula:

1. Kos Pendidikan – Dari Tadika hingga Universiti

• Tadika hingga sekolah menengah: RM2,000 hingga RM5,000 setahun (termasuk yuran sekolah, buku, baju, dll.)
• Universiti (tempatan, ijazah 4 tahun): RM20,000 hingga RM40,000 setiap anak
• Jumlah (untuk 3 orang anak): RM90,000 hingga RM150,000

2. Kos Perumahan – Pembelian Rumah

• Rumah Sederhana: RM500,000 (harga purata di bandar)
• Bayaran Pinjaman: Kadar faedah sekitar 4% untuk tempoh 30 tahun akan menjadikan bayaran bulanan sekitar RM2,387
• Jumlah Keseluruhan (termasuk faedah): RM859,320

3. Kos Pengangkutan – Pembelian dan Penyelenggaraan Kereta

• Kereta Sedang (contoh, Perodua): RM50,000 (5 tahun pembayaran dengan kadar faedah sekitar 3%)
• Jumlah (termasuk faedah): RM56,500
• Kos Penyelenggaraan, Insurans, dan Minyak: RM5,000 setahun
• Jumlah Keseluruhan (untuk 50 tahun): RM250,000

4. Kos Kesihatan – Penjagaan dan Insurans Kesihatan

• Insurans Kesihatan (untuk keluarga): RM3,000 setahun
• Jumlah Keseluruhan (sehingga usia 75): RM135,000
• Kos Rawatan Tambahan / Kecemasan: RM100,000 (dalam anggaran seumur hidup)

5. Kos Hidup Harian – Perbelanjaan Harian dan Utiliti

• Perbelanjaan Bulanan (makanan, bil, lain-lain): RM3,000 sebulan
• Jumlah (untuk 50 tahun): RM1,800,000

6. Kos Anak-Anak – Kos Tambahan untuk Pembesaran dan Pendidikan Anak

• Kos tambahan anak (pakaian, aktiviti, makanan, lain-lain): RM1,500 sebulan untuk 3 anak
• Jumlah (sehingga anak dewasa): RM648,000 (untuk 18 tahun per anak)

7. Pencen dan Simpanan Persaraan

• Jumlah Pencen yang Disyorkan: RM4,000 sebulan untuk kehidupan yang selesa (selepas bersara pada umur 60 tahun sehingga 75 tahun)
• Jumlah Keseluruhan untuk 15 tahun: RM720,000

Jumlah Keseluruhan Kos untuk “Malaysian Dream” berdasarkan kiraan kasar ini:

1. Pendidikan: RM90,000 hingga RM150,000
2. Rumah: RM859,320
3. Kereta: RM250,000
4. Kesihatan: RM235,000
5. Hidup Harian: RM1,800,000
6. Anak-Anak: RM648,000
7. Pencen: RM720,000

Total Anggaran Kos Sehingga Usia 75 Tahun: RM4,602,320 hingga RM4,662,320

Ini anggaran by AI saja. Nampak tinggi dan memang itulah sebenarnya “harga” untuk dapat kehidupan selesa. Kalau kita kira kerja selama 30 tahun, average sebulan kita kena dapatkan 12k baru capai nilai ni. Tengok tangga gaji kita sekarang, barulah kita takkan hidup selesa jika masih jauh dengan anggaran ni.

maksud kos sara hidup

*Jika anda YA, anda mampu untuk mendapat semua aset ini dengan kos yang ditetapkan, maka anda sedang berada di fasa ‘Malaysian Dream’ yang ramai orang idamkan…

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×