Seperti yang diketahui dan ‘dirasa’ ramai adalah kos sara hidup semakin meningkat. Tambah pula buat keluarga yang mempunyai lebih dari dua orang anak dan tinggal di kawasan bandar, perbelanjaan bulanan sudah semestinya sangat ‘keras’ sehingga ada yang tidak cukup makan.
Menurut anggaran Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), sebuah keluarga dengan tiga anak di kawasan bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan sekitar RM7,641 sebulan! Ini bermakna setiap ibu atau bapa perlu memperoleh gaji sekitar RM3,820 seorang.
Baca juga: Ini Jumlah Pendapatan Isi Rumah Untuk Jadi Golongan T15 Ikut Negeri, Semua Bayaran Meningkat!
PERBELANJAAN BULANAN ISI RUMAH DI BANDAR LEBIH DARI GAJI YANG DAPAT
Namun, anggaran ini menimbulkan persoalan: adakah jumlah ini dicapai oleh setiap isi rumah? Kadar PAKW juga menetapkan perbelanjaan minimum bagi makanan di Kuala Lumpur pada RM467 seorang sebulan, berdasarkan piramid makanan Kementerian Kesihatan yang menentukan kalori harian yang diperlukan. Namun, anggaran ini tidak termasuk jika pilihan makanan yang lebih mahal yang mungkin diingini oleh pengguna untuk gaya hidup lebih sihat.
MyPAKW merupakan salah satu laman sesawang yang berfungsi untuk mengira perbelanjaan asas kehidupan wajar berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah. Jika anda tinggal di lokasi lain seperti yang dinyatakan di atas, anda pun boleh juga membuat kiraan seperti berikut:
1.Mudah sahaja, pengguna hanya perlu melayari laman sesawang https://mypakw.dosm.gov.my/ .
2.Kemudian, pengguna perlu memasukkan maklumat lokasi pada ruangkan negeri, daerah dan lokaliti serta maklumat ahli isi rumah iaitu bilangan ahli isi rumah, umur dan jantina. Contoh maklumat yang telah diisi;
3.Setelah selesai mengisi maklumat pada ruangan, klik pada tanda ‘Kira’ untuk mengetahui jumlah pendapatan sepatutnya yang diperlukan oleh anda.
4.Manakala tekan ‘Reset’ untuk set semula ruangan maklumat.
5.Paparan jumlah pendapatan asas kehidupan akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit atau komputer anda seperti ini.
*Persoalannya, adakah gaji anda berada di tahap yang dinyatakan?
Baca juga: Baru Habis Konvokesyen, Fresh Graduate ‘Berangan’ Gaji Permulaan Kerja Sekitar RM3000-RM5000
Sumber: Public Health, MyPAKW
Foto: Dallas News