Famili

Ibu Kecewa Tangan Anak Dibalut Ketat Sehingga Keluar Air Bisa, Luluh Hati Tengok!

57
SHARES
balut tangan

Menerusi perkongsian seorang ibu bernama Eiyha Fatieyha di laman Facebook, dia meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila jururawat balut tangan anak lelakinya sehingga berdarah. Kisah ini bermula apabila pada jam 9.30 malam, dia membawa anak lelaki ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Anak teruna wanita ini difahamkan mengalami muntah dan cirit-birit. Dia juga merupakan seorang kanak-kanak autisme dan tidak boleh bercakap dengan betul.

Baca juga: Gara-Gara Percaya Teman Wanita, Wang Simpanan KWSP Duda Lesap Semuanya!

BALUT TANGAN ANAK SAMPAI CEDERA, IBU KECEWA

BALUT TANGAN

Dia memaklumkan pada jururawat bertugas bahawa si kecil tidak dapat mendengar arahan dengan betul. Setelah dimasukkan ke dalam wad, kedua-dua tangan Sufi dibalut menggunakan kain bandage dengan kuat kerana risau dia mencabut drip air tersebut.

“10 julai 9.30 malam bawa anak ke emergency disebakan muntah dan cirit birit. Dah bagi tahu awal anak saya autism tak boleh cakap tak boleh faham arahan. Dekat wad nurse balut kedua-dua tangan Sufi sebab dia seronok cabut-cabut kain bandage tersebut,” jelas si ibu.

Setelah 2 hingga 3 kali kain bandage dicabut oleh Sufi, akhirnya jururawat berkenaan ikat dengan lebih ketat. Keadaan Sufi pada ketika itu mula tidak selesa dan meragam tetapi dibiarkan sahaja.

Pada keesokkan harinya sekitar jam 4 petang, jururawat memberitahu Eiyha bahawa anak lelakinya itu tidak perlu menggunakan drip air tetapi kain bandage masih tidak dibenarkan buka.

“Saya tanya nurse boleh tak buka balutan kain bandage sebab anak tak selesa tetapi jururawat tersebut cakap tak boleh. Perlu tunggu sehingga dicas baru boleh dibuka,” ujarnya.

Keesokkan harinya jururawat memberitahu Sufi boleh dicas dan pulang ke rumah. Sementara menunggu proses dicas, si ibu tidak sanggup melihat keadaan Sufi yang tidak tidur lena dan menangis, jadi dia mengambil keputusan untuk membuka kain bandage itu sendiri.

Alangkah terkejut dan luluh hati ibu apabila kain bandage dibuka kerana tangan Sufi mengecut dan luka sehingga berdarah akibat darah tidak mengalir.

“Bila buka terkejut tengok tangan dia dah mngecut macam dalam gambar. Terus panggil jururawat dan doktor refer kes ini pada ortopedik sebab berlaku kecederaan yang serius pada otot tangan,” katanya.

Ibu itu turut menjelaskan bahawa selama lebih kurang 34 jam balutan tidak dibuka dan diperiksa. Hatinya luluh dan serba salah melihat si anak yang terseksa.

Baca juga: Idea Ayah Bagi Anak Main Sayur Kubis Dalam Kereta Api Tarik Perhatian Warganet

Sumber: Facebook Eiyha Fatieyha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×