Famili

Semakan Keputusan UPU Lepasan SPM Diumumkan Pada 28 Jun 2024 Ini

1
SHARES
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semakan keputusan UPU sesi akademik 2024/2025 boleh dilakukan bermula 28 Jun (Jumaat) ini.

Semakan tersebut melibatkan Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diplom bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2024/2025 BERMULA 28 JUN INI

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU

Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 7 Julai 2024 jam 5.00 petang melalui dua platform iaitu secara atas talian dan aplikasi mobile UPUPocket.

Sekiranya secara atas talian, semakan keputusan UPU boleh dilakukan menerusi pautan di bawah:

Pengesahan setuju terima tawaran boleh dilakukan bermula pada 29 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (PTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya bermula 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://pu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun 2024 jam 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang.

Rayan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline. Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Baca juga: Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×