Famili

Senarai Perbezaan Program Lepasan SPM, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Adik-Adik?

12
SHARES
PROGRAM LEPASAN SPM

Adik-adik keliru dan tak tahu program lepasan SPM yang sesuai untuk diri anda? Jangan risau, artikel kali ini penulisan kongsikan perbezaannya.

Paling penting sekali, pilih program mengikut minat dan cita rasa sendiri. Jangan ikut kawan kerana diri sendiri yang akan meneruskan pembelajaran seorang diri. Ingat tu!

Baca juga: 300,000 Pelajar Lepasan SPM Lebih Berminat Untuk TIDAK Sambung Belajar

PROGRAM LEPASAN SPM, YANG MANA SATU NAK PERGI?

PROGRAM LEPASAN SPM

1. Tingkatan 6 (Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia)

Selepas tamat SPM, adik-adik boleh membuat pilihan dengan memasuki tingkatan 6. Tingkata 6 mempunyai kelebihan seperti jangka masa pembelajaran lebih singkat di mana hanya selama setahun setengah dan 3 semester.

Terdapat dua kos untuk tingkatan 6 mengikut keputusan SPM dan pilihan anda iaitu Sains dan Kemanusian. Rata-rata tingkatan 6 tidak lagi perlu memakai baju sekolah tetapi perlu mengikuti waktu seperti di sekolah.

Buat anda yang tidak tahu, sijil SPTM sangat laku untuk kemasukan ke universiti luar dan dalam negara. Sijil ini juga membolehkan anda untuk memohon kerja di awam atau swasta.

2. Diploma

Jika adik-adik ingin ‘keluar’ dari alam persekolahan, diploma antara pilihan tepat dengan menawarkan pelbagai kos mengikut kelayakan keputusan SPM.

Diploma biasanya mengambil jangka masa lebih lama berbanding tingkatan 6 iaitu selama tiga tahun untuk mendapatkan sijil dan program ini boleh dimohon menerusi UPU online.

3. Asasi

Program lepasan SPM yang seterusnya adalah asasi. Terbahagi kepada beberpa jurusan mengikut cita rasa dan masa pembelajaran lebih singkat berbanding diploma iaitu satu atau dua tahun sahaja.

4. Matrikulasi

Sama seperti asasi dan tingkatan 6, matrikulasi juga menawarkan program jangka masa pendek untuk meneruskan pembelajaran ke menara gading.

Di bawah sistem matrikulasi, ia terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun. Matrikulasi mempunyai empat jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.

Sekiranya anda memperoleh keputusan cemerlang, peluang untuk diserap masuk ke matrikulasi lebih cerah dan boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat ijazah.

5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Sekiranya adik-adik ingin menceburi bidang kemahiran dengan lebih mendalam, anda disarankan untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Lebih menarik lagi, persijilan kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia dan menyediakan peluang pekerjaan berasaskan kelayakan akademik.

Jadi, pilihan di tangan adik-adik. Pilihlah dengan bijak!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pemuda Ini Kongsi 3 Tips Penting Untuk Temuduga SPA9, Tak Sangka Pertama Kali Lulus!

Sumber: Info UPU

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×