Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad menasihatkan orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan lagu GISB Holdings (GISBH) kerana liriknya membawa fahaman sesat.
Jelasnya, tindakan itu bercanggah dengan agama Islam dan meminta agar orang ramai supaya menghentikan segera perbuatan menyanyikan lagu tersebut.
Baca juga: Penduduk 3 Negeri Ini Dijangka Hidup Paling Lama, Selangor Ada Dalam Senarai
LIRIK LAGU GISB HOLDINGS (GISBH) TAK DIGALAKKAN NYANYI
“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial. Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” jelasnya.
Lagu tersebut semakin ‘membanjiri’ media sosial dan rata-rata orang ramai menggunakannya sebagai parodi. Tanpa disedari, lirik tersebut arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 September lalu menjelaskan bahawa kerajaan komited dalam memastikan polis menjalankan siasatan terhadap GISBH.
Pada awal bulan ini, polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
Seramai 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun berjaya diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata mangsa mengalami pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan termasuk diliwat.
Sumber: BH Online