Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf berusia 29 tahun kelihatan mula aktif di media sosialnya dan memuat naik beberapa video di akaun TikTok miliknya.
Ibu kepada kanak-kanak autistik itu difahamkan seakan-akan membela diri dia dan suaminya yang dikatakan tidak bersalah dalam hal pembunuhan kejam tersebut.
Baca juga: “Untungnya…” – Viral Nenek Kahwin Selepas 42 Tahun Hidup ‘Sendiri’, Umur Bukan Penghalang
IBU ZAYN RAYYAN MULA AKTIF DI MEDIA SOSIAL
“Wahai pelaku, penganiaya, mahupun pemfitnah sekalian. Sesungguhnya sudah aku adukan semuanya kepada penciptaku, sekarang urusanmu bukan lagi denganku, tapi dengan penciptaku, Allah SWT.
“Perlakuan dan perkataanmu menembus hati, semoga doa-doaku menembus langit. Kalau kamu sudah hebat untuk menyakiti hati orang lain, berarti kamu sudah cukup kuat untuk menerima balasan dari-Nya,” tulisnya di dalam video tersebut.
Dia turut memuat naik gambar Zayn Rayyan dan memohon agar keadilan dapat ditegakkan supaya dia dan suaminya tidak dituduh melakukan ‘kejahatan’ tersebut.
“Ya Allah, dengan sesungguhnya dan dengan rendah hati, di hari jumaat yang mulia ini, aku mohon keadilan buat anakku Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan di dunia ini juga Ya Allah, kasihanilah anakku Zayn Rayyan atas apa yang telah menimpanya.
“Kau keluarkanlah si pelaku dari tempat persembunyiannya, kau buatlah si pelaku menyerah diri dan mengaku bersalah, hadapkanlah si pelaku ke muka pengadilan, semoga si pelaku menerima hukuman di dunia ini juga atas apa yang telah dia lakukan ke atas anakku Ya Allah, Aamiinx3 Ya Rabb Ya Mujib,” ujarnya.
Posting terbaharu pada hari Jumaat ini adalah sebuah video ceramah berkaitan kezaliman. Terdahulu, Zaim Ikhwan dan Ismanira juga pada 17 Jun lepas telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan berkenaan.
Baca juga: Seramai 101 Murid Keracunan Makanan Akibat Air Coklat Masam & Ada Ayam Goreng Yang Masih Mentah!
Sumber: TikTok Izz Manaf