Media melaporkan berita mengenai penemuan mayat bayi yang ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah teres. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat bayi tersebut adalah perempuan dan dilahirkan tidak cukup bulan.
Baca juga: “Rosaklah Badan…” – Suami Marah Isteri Terpaksa Czer, Anggap Tindakan Tak Masuk Akal!
MAYAT BAYI DITANAM DALAM SIMEN LANTAI PARKIR RUMAH
Dia juga menambah, berdasarkan keterangan pakar patologi, bayi itu lahir ketika kandungan berusia tujuh bulan dan siasatan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi dan bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.
Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Berdasarkan keterangan pemilik rumah tersebut, kali terakhir kediaman itu dihuni adalah oleh wanita warga Indonesia. Namun, dia telah melarikan diri sejak sebulan yang lalu.
Tambahnya lagi, rumah itu disewakan kepada wanita berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan kadar sewa RM400 sebulan.
“Pemilik rumah tinggal selang sebuah rumah dari rumah tempat mayat bayi dijumpai. Keterangan daripada pemilik rumah menyatakan rumah itu adalah miliknya yang dibeli sejak 20 tahun lalu dan disewakan.
“Pemilik rumah juga menyatakan wanita Indonesia itu mengandung kerana dia mengutip sewa setiap bulan memandangkan penyewa membayar secara tunai,” jelasnya.
Penemuan mayat bayi itu disedari sekitar jam 11 pagi semalam apabila penyewa baharu sedang menjalankan kerja baik pulih mengoreng tanah di menyimen semula lantai parkir.
Penyewa baharu yang merupakan warga Indonesia itu terjumpa cebisan kain ketika mengorek tanah. Dia cuba menarik kain dan menemui mayat bayi tersebut.
Baca juga: Ibu Terkejut Baca Mesej Berunsur Lu*ah Dalam Group Anak, Siap Minta Hisap!
Sumber: BH Online