Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe menerusi laman Tiktoknya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang menasihati anaknya.
Video berdurasi kurang satu minit itu sudah pastinya menarik perhatian warganet kerana kasihan melihat anak lelaki Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra.
ANAK KIEDA CREPE DIEJEK DI SEKOLAH, MENTAL TERGANGGU
Dapat dilihat menerusi video tersebut, Kieda sedang menasihati anak lelakinya dan memesan agar tidak melakukan sebarang tindakan walaupun diejek.
“Terima kasih sebab ‘try hard’ ganggu mental kami. Cari salah anak saya sedangkan anak tuan puan dulu yang angkat tangan mengaku buat anak kami. “Alhamdulillah, anak saya dalam keadaan baik dan kuat seperti saya. Terima kasih semua pihak yang terlibat,” luahnya di ruangan kapsyen.
Jelasnya juga sekiranya rakan sekelas ada membuli, dia menasihati anaknya supaya tidak memukul mereka kerana itu adalah satu tindakan tidak elok.
“Apa yang dia buat dekat abang, abang jangan melawan. Pergi bagitahu cikgu terus. Ibu kenal anak ibu macam mana. Dekat rumah tak pernah menyakiti adik.
“Sakit macam mana pun kita, kena bersabar. Biar orang mengata dan mengejek kita, abang tetap anak yang baik. Abang pandai dan jangan sesekali buat orang,” pesan Kieda kepada anaknya.
Perkongsian video tersebut mendapat ribuan tontonan dan sudah pastinya dibanjiri komen daripada pengguna media sosial. Rata-rata beranggapan tindakan mengejek anak Kieda Crepe itu adalah melebih-lebih dan tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan budak-budak.
“Sampai anak dia nak diusik. Saya pantang betul kalau bab anak ini,” komen salah seorang pengguna TikTok.
Baca juga: Konten ‘Padu’ Di TikTok Ini Buat Anak CEPAT PANDAI Bahasa Inggeris, Tak Bosan Tengok!
Sumber: TikTok Kieda Crepe