Euforia Bola 2026
Famili

Datuk Undur Lori Depan Rumah, Cucu 2 Tahun Maut Dalam Kejadian Pilu Di Gurun!

dilanggar lori

Suasana pagi tadi di Kampung Bukit Kuang, Gurun bertukar pilu apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dipercayai dilanggar lori yang dipandu oleh datuknya sendiri.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi tadi, mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca juga: Ibu Tunggal Nekad Tinggal Sementara Dalam Kereta, Mulakan Hidup Baharu Bersama 2 Anak…Tak Sanggup Berpisah

KANAK-KANAK 2 TAHUN MAUT DILANGGAR LORI DIPANDU DATUK

dilanggar lori

Gambar Zuliaty Zulkiffli: Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ditemui media hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai sedang mengundurkan lori di hadapan rumah mereka sebelum terlanggar mangsa.

“Lelaki itu dipercayai tidak menyedari cucunya berada di belakang kenderaan lalu melanggar mangsa. Lori tersebut digunakan untuk membawa baja namun tiada muatan ketika kejadian,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga: “Mungkin Dia Betul-Betul Perlu”- Netizen Luah Simpati Bapa Dua Anak Dipenjara 7 Hari, Lepas Curi Milo & Syampu

dilanggar lori

Gambar hiasan BH.

Seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan baru sahaja berpindah dari Kuala Lumpur untuk tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung tersebut.

“Kami difahamkan ibu mangsa sedang tidur selepas pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang di Sungai Petani.

“Mangsa dipercayai turut tidur di ruang tamu sebelum disedari berlari keluar mengikut datuknya yang mahu keluar bekerja,” katanya.

Menurut ahli keluarga itu lagi, nenek mangsa mula menyedari kanak-kanak tersebut tiada di tempat tidur lalu mengejutkan anaknya sebelum mereka menemui mangsa berada di bawah tayar lori.

“Kami terkejut melihat mangsa dalam keadaan cedera parah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

FT Image: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×