Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihimpit Dua Lori, Selepas Sebuah Kereta Brek Mengejut Di Lampu Isyarat

12 tahun

Kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata telah meragut nyawa seorang kanak-kanak 12 tahun selepas motosikal yang dinaikinya bersama seorang rakan dihimpit dua buah lori di Jalan Jeniang, Gurun pada Khamis.

Baca juga: “Nyawa Dan Roh Cafe Dah Tak Ada”– Hari Ini Terakhir Beroperasi, Secangkir Cafe Tutup Selepas Pemilik Maut Dalam Nahas LPT1

KANAK-KANAK 12 TAHUN MAUT DIHIMPIT DUA LORI

12 tahun

Gambar Sinar Harian.

Dalam kejadian di hadapan Masjid Batu 3 itu, mangsa, Muhammad Ilham Firdaus Mohamad Iruan, 12 tahun, murid tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan di Pendang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan, paha kiri dan kanan akibat tersepit dicelah lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada jam 2 petang.

Baca juga: “Risau Bayangan Anak-Anak Muda”- Jabatan Perdana Menteri Tolak Tayangan Drama Kontroversi, Tampil Mohon Maaf

Motosikal tersepit antara dua lori

12 tahun

Gambar Sinar Harian.

“Rakannya yang membonceng berusia 14 tahun mengalami cedera di tangan dan kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta membrek secara tiba-tiba apabila lampu isyarat bertukar merah mengakibatkan sebuah lori yang berada di belakangnya tepaksa brek mengejut lalu bahagian belakang lori tergelongsor lalu menghimpit motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

“Akibat itu mangsa yang maut tersepit di bahagian tayar belakang antara dua lori manakala seorang lagi mangsa terpelanting di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI tengah malam tadi.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca juga: “Saya Perlu Lakukan Sesuatu”– Anniversary Ke-10 Tanpa Suami, Isteri Pegawai Bomba Nekad Terbang Ke Kathmandu Untuk Cari

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×