Seramai hampir 9 juta penerima akan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 1 bermula Rabu ini dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, berbanding RM2.1 bilion pada 2024.
Kementerian Kewangan berkata, sumbangan tunai itu akan memanfaatkan 60 peratus penduduk dewasa, dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,600.
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Ini Tarikh & Cara Semak Untuk Dapat RM150
STR FASA 1 MULA DISALURKAN ESOK KEPADA PENERIMA
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 jauh melangkaui kadar inflasi negara ini. Menerusi bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mula disalurkan minggu lalu, Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini, iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 tahun lalu.
Peningkatan bantuan ini adalah bukti tekad Kerajaan untuk membela kebajikan rakyat miskin dan mereka yang memerlukan secara berterusan, serta mengurangkan dampak peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda seluruh dunia.
Berapa bayaran Fasa 1 STR 2025 yang akan diterima bagi setiap kategori yang layak? Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
1.Kategori Isi Rumah <RM2500 :RM500
2.Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM150 – RM300
3.Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
4.Bujang : RM150
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.
Ingin semak kelayakan anda? Layari Portal Rasmi STR bantuantunai.hasil.gov.my dan sentiasa berhati-hati dengan tawaran scammers di luar sana. Jika nama anda tiada dalam pangkalan STR, jangan risau kerana permohonan baharu dibuka sepanjang tahun.
Baca juga: Rupanya Bantuan SARA 2024 One Off Dah Masuk Mulai 9 Disember! Ini Cara Semak Status
Sumber: Instagram @anwaribrahim_my
Foto: Freepik