Famili

Berita Baik! Pelajar IPT Boleh Tebus Baucar Buku RM100 Fasa Dua Mulai 30 Oktober 2024!

8
SHARES
baucar buku

Berita baik untuk semua pelajar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Ini adalah sama sebagaimana telah dilaksanakan pada Jun lalu.

Pelaksanaan fasa kedua ini dijadual bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024 yang akan memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

Baca juga: Ini Jumlah Pendapatan Isi Rumah Untuk Jadi Golongan T15 Ikut Negeri, Semua Bayaran Meningkat!

MEKANISME PELAKSANAAN BAUCAR BUKU FASA KEDUA

baucar buku

Untuk pengetahuan anda, bagi fasa kedua ini, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024. Penting untuk anda ingat bahawa penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja, dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

Pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif ini.

MySISWAPLACE membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan. Malah, Majlis Peluncuran MySISWAPLACE akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 29 Oktober 2024.

Dengan adanya perlaksanaan baucar buku ini, pihak KPT berharap inisiatif ini dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.

baucar buku

Foto hiasan.

*Manfaatkan dengan sebaiknya ya!

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×