Famili

Hak Penjagaan Fatima Milik Fazura, Fattah Hanya Dapat Melawat Sebanyak 3 Kali Seminggu

3
SHARES
hak penjagaan anak fazura

Hari ini, media melaporkan bahawa hak penjagaan anak Fazura dan Fattah Amin sudah selesai. Fatima Aisya diserahkan kepada Fazura manakala Fattah hanya mempunyai hak lawatan sebanyak tiga kali seminggu atau bermalam dua kali sebulan.

Baca juga: Permohonan Cerai Bawah Seksyen 47, Rupanya Ada ‘Syarat’ Dalam Proses Ini Yang Pasangan Tak Boleh Buat!

HAK PENJAGAAN ANAK FAZURA, KEKAL SEBAGAI PENJAGA FATIMA

HAK PENJAGAAN ANAK FAZURA

Kedua-dua bekas pasangan suami isteri tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan yang baru berusia empat tahun.

Menurut Zulfikli Yong Azmi, peguam yang mewakili Fattah, menjelaskan bahawa persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses perceraian awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu, manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” ujarnya.

Jika terdapat sebarang pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut maka mereka berhak memulakan prosiding prosiding penghinaan mahkamah.

Fazura bersyukur kerana semuanya telah selesai dan dia menjelaskan bahawa tiada sebarang isu yang mahu diulaskan.

“Alhamdulillah. Saya tak ada apa-apa yang mahu diulas,” katanya.

Umum mengetahui, pada 7 Oktober 2024, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari.

Baca juga: Fazura Tekad Dengan Keputusan Sendiri, Mahu Berpisah Demi Maruah Wanita & Anak

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×