Baru-baru ini media melaporkan mengenai kes rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin yang dikatakan menghampiri ‘pengakhiran.’
Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini, menangguhkan kes perceraian pasangan Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober ini.
Baca juga: Kena Rompak Akibat Selalu Tunjuk Rumah Mewah Di Media Sosial, Suami Dibu**h Kejam!
NUR FAZURA TEKAD BERCERAI DEMI MARUAH WANITA & ANAK
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Fazura, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis kerana memberikan sokonga serta doa yang baik-baik kepada dirinya.
Jelasnya, keputusan untuk bercerai yang diberitahu pada 13 September lalu bukan satu perkara yang boleh diambil ringan. Segala pertimbangan dan refleksi sudah dilakukan demi masa hadapan anak perempuannya, Fatima dan diri sendiri.
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya.
Tambah Nur Fazura menerusi hantaran tersebut, keputusan untuk bercerai adalah demi maruah dirinya sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima.
Dia meminta agar orang ramai mendoakan supaya proses penceraian ini berjalan dengan lancar dan baik.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulisnya di Instagram.
Ruangan komen posting itu sudah pastinya dibanjiri oleh komen warganet dan rakan-rakan artis yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja.
Fattah Amin turut memuat naik foto Fazura dan anaknya di laman Instagram dengan kapsyen meminta doa agar semuanya baik-baik sahaja. Dia turut meluahkan bahawa masih menyayangi kedua-dua mereka.
Baca juga: Pakar Anggap Pentaksiran Bilik Darjah Tidak Berjaya, UPSR & PT3 Wajar Dikembalikan
Sumber: Instagram Nur Fazura